Aku Mengecewakan?

June 17, 2008 at 10:24 pm | Posted in Citra Kehidupan, Imtihan, Renungan | Leave a comment
Tags:

Ya Allah…

Entahlah apa yang wajar kukatakan… Imtihan sudah berlalu… Natijahnya pun sudah semuanya kuterima. Tidak ada kata-kata yang mampu kuluahkan. Hanya mampu kucatatkan peratus keseluruhannya (76.8%)… Yang lain, biarlah rahsia… Cuma, secara keseluruhan, aku memungut 6 1A, 2 2A, 6 3B, 2 4B, dan 1 5C (termasuk madah tambahan – Prinsip Akaun, Perdagangan, dan Ekonomi Asas).

Kecewa?

Entahlah. Jujurnya, aku tidaklah berapa kecewa dengan natijah yang kuterima ini. Sebenarnya, itulah natijah yang layak buat diriku yang sememangnya “tidak rajin” ini. Namun, walaupun aku tidak kecewa, bagaimana perasaan bonda dan ayahanda tercinta aku? Tidakkah mereka kecewa dengan natijah imtihan yang kubawa pulang? Setelah beratus-ratus (malahan beribu) wang dibelanjakan (dah aku banyak main, jadilah “dibazirkan”) untuk membiayai pengajianku, ini sahajakah yang mampu kubawa pulang? Sungguh, aku merasakan aku benar-benar telah melukakan hati insan-insan yang paling kucintai ini.

Salah Siapa?

Setelah melihat natijah imtihan yang bakal dihadiahkan kepada ibu bapaku pada tanggal 20 Jun 2008 (Hari Buku Laporan) ini, aku mula berkira-kira, apa faktor-faktor yang membawa kepada “keterukan” natijah imtihanku ini. Nak salahkan siapa?

Siapa lagi kalau bukan diri sendiri… Semuanya salah sendiri. Sendiri yang malas belajar… Sendiri yang culas membuka buku… Sendiri yang terlalu sibuk menguruskan Lisanul Haq sampai terlupa daratan. (Ni yang jadi sakit hati tengok orang tak hargai Lisanul Haq tersebut!) Bukan nak salahkan dakwah (sepatutnya dakwah bergerak seiring dengan akademik. Untuk pemahaman lanjut, rujuk Jenayah Akademik Aktivis Dakwah), namun, ada benarnya juga kata-kata Us Hasrizal,

Bila dah dekat dengan exam, apa salahnya mengulangkaji pelajaran untuk exam. Exam keperluan, Allah (Akhirat) tujuan… Tidak perlu dilaga-lagakan antara belajar kerana exam dengan belajar kerana Allah.

Sepatutnya, aku perlu bijak mengurus masa dalam kehidupan seharianku. Akibat kegagalanku menguruskan hidupku ini, Allah pun berilah natijah yang setimpal. Alhamdulillah, ni pun Allah masih bantu lagi… Hemm, kalau tak, berapa banyak lah madah yang gagal… Sekurang-kurangnya, Alhamdulillah, Allah tunjuk sekarang. Kalau Allah tunjuk realitinya waktu SPM, entahlah macam mana… Nauzubillahi Min Zalik…

Mengharap Sinar Baharu

Biarlah segala kenangan silam berlalu pergi setelah semua hikmahnya diteliti sedalam mungkin. InsyaAllah, akan aku lalui liku-liku awal Semester 2 ini dengan kekuatan serta azam yang baharu walaupun hakikatnya masa emasku kian dihimpit oleh tuntutan ANDALUS dan Wafdul Amin. InsyaAllah, akan aku bahagikan masaku sebaik mungkin, demi memenuhi impian semua, terutamanya insan2 tercinta… Mungkin tulisan Ustaz Hasrizal ini boleh menyuntik semangatku, http://saifulislam.com/?p=2070

p/s: Tarikh ulang tahun kelahiran bonda dan ayahandaku ialah 18 Jun dan 21 Jun. Adakah bermakna bahawa aku telah mengecewakan mereka pada hari bahagia mereka dengan menghadiahkan mereka dengan natijah imtihanku yang sungguh mengecewakan ini? Hermmm… Entahlah…

Leave a Comment »

RSS feed for comments on this post. TrackBack URI

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

Blog at WordPress.com.
Entries and comments feeds.

%d bloggers like this: