IIUM Interschool Debating Championship 2008

April 20, 2008 at 8:46 pm | Posted in Citra Kehidupan, Sekolahku | 8 Comments
Tags:

Masih terasa kehangatan Pertandingan Debat Antara Sekolah-sekolah Malaysia yang telah dianjurkan oleh UIAM dengan kerjasama Kementerian Pelajaran Malaysia pada tanggal 11 hingga 16 April yang lalu, walaupun hakikatnya pertandingan tersebut sudah lima hari berlalu ! Pelbagai kenangan berharga telah berjaya kukutip – suka duka bersama dengan pasukan debatku yang sentiasa ceria dengan pelbagai telatah nakal yang seringkali mencuit perasaan, Kak Naza selaku usher yang tidak jemu membantu pasukan kami sepanjang perdebatan, Cikgu Azzi yang sentiasa bersemangat dalam memberikan sokongan, Mak dan Abah yang tidak jemu memberikan dorongan, dan sesiapa sahaja yang terlibat secara langsung atau tidak langsung sepanjang pertandingan ini dilangsungkan. Terima kasih atas segala pengorbanan kalian.

Kepada pasukanku, dikepalai oleh Saudara Hasif selaku Perdana Menteri@Ketua Pembangkang yang terkenal dengan “timbangan kilogramnya” tatkala ucapan penggulungan, Saudara Fahrulrazi yang terkenal dengan telatah-telatah lawaknya yang tersembunyi di sebalik bidasan yang dilakukan (belacan, melamar, kesanggupan berpoligami, dan yang paling kuingat,“jamban!”), dan Saudara Nabil Afham selaku simpanan yang sungguh setia menjaga masa dan memberikan pandangan. Telatah dan ragam nakal kalian sungguh menghiburkanku terutamanya tatkala aku “stress” dengan usul yang telah dipersetujui. Sungguh aku menghargai setiap detik yang kulalui bersama kalian bertiga.

Pada perlawanan pertama pusingan awal, pasukan kami telah bertemu dengan Asrama Yayasan Selangor (AYS) di Sidang 12 dengan usul Konsep Bangsa Malaysia Menjamin Pengukuhan Perpaduan. Bertindak selaku kerajaan, kami telah berbincang dalam bilik sidang. Perbincangan tetap berjalan dengan penuh ceria walaupun hakikatnya kami agak terganggu apabila menyedari bahawa kami tidak mempunyai ilmu dan pengetahuan yang mendalam mengenai konsep bangsa Malaysia. Akibatnya, kami hanya mampu menyediakan konsep dan kerangka hujah berdasarkan logik akal sahaja. (Apa nak dibuat, memang salah kami sebab malas nak membaca. Apa lagi, kekurangan fakta lah!). Akhirnya, setelah hampir sejam kami berentap, usul yang telah kami cadangkan diterima oleh ketiga-tiga juri dengan margin 3.6. Pendebat terbaik pula telah diungguli olehku. Alhamdulillah, nampaknya kami telah berjaya dalam menyempurnakan langkah kami yang pertama.

Seterusnya, pada perlawanan kedua yang berlangsung pada sebelah petang, pasukan kami telah bertemu dengan Maahad Hamidiaah (A). Perlawanan berlangsung di sidang 7. Usul yang telah dipersetujui bersama ialah Demi Kemaslahatan Rakyat, DEB Wajar Diteruskan. Bertindak selaku pembangkang, kami telah berbincang dengan aman dan harmoni di luar bilik sidang. Walaupun usul pada petang itu agak berat dan meletihkan otak, namun kami masih mampu bergelak ketawa tatkala perbincangan berjalan. Akhirnya, setelah sejam berdebat dengan puteri-puteri berbaju ungu daripada Maahad Hamidiaah, usul tetap diterima oleh juri dengan margin tipis, 1. Gelaran pendebat terbaik diberi kepada Saudari Nur Sabihah, Perdana Menteri pada petang itu. Walaupun perdebatan ini menyaksikan kami kecundang, namun, sidang inilah yang kurasakan paling manis buat diriku.

Keesokan harinya, usai bersarapan, kami meneruskan langkah perjuangan di sidang 23 menentang SMK Jitra, Kedah. Bertindak selaku kerajaan, dengan usul Artis Mampu Menjadi Model Terbaik, kami terus bebincang dengan ceria dalam bilik sidang yang berhawa dingin. Masih terbayang-bayang di kotak fikiranku gelagat Fahrul yang sangat terkejut dan berbangga dengan kehadiran ibu bapanya pada sidang kali ini (siap boleh bersembang-sembang lagi dengan ahli keluarganya dalam masa 30 minit persediaan!). Sidang kali ini menyaksikan bahawa usul yang telah dibawa oleh Perdana Menteri, saudara Hasif diterima oleh ketiga-tiga juri dengan margin 4. YAB Perdana Menteri juga turut merangkul gelaran Pendebat Terbaik.

Pada sebelah tengah hari, setelah berehat hampir sejam setengah, perjuangan kami diteruskan di sidang 16. Pasukan kami telah bertemu dengan MRSM Kuala Terengganu dengan usul Ibu Bapa Punca Kegagalan Anak di Sekolah. Bertindak selaku pembangkang, kami terpaksa berbincang di luar bilik sidang. Tatkala perbincangan ini, ahli-ahli pasukanku asyik pergi ke tandas bagi menyelesaikan hajat. (Hasif dan Fahrul la ni. Orang tengah sibuk bincang, boleh pula pergi ke tandas. Tapi nak buat macam mana, hajat kenalah ditunaikan…) Sampailah hakim panggil masuk, pasukan kami masih tidak cukup ahli. Terpaksalah para juri menanti kepulangan Ketua Pembangkang bagi memulakan perdebatan. Setelah hampir sejam bergelut dengan pasukan yang sememangnya kaya statistik ini, kami akhirnya kecundang dengan juri 3, margin 3.3. Walau bagaimanapun, Saudara Hasif telah dinobatkan sebagai pendebat terbaik.

Pusingan seterusnya telah diadakan pada sebelah petang dengan usul yang bertemakan humor. Pasukan kami telah bertemu dengan pendebat-pendebat daripada Sekolah Seri Puteri (A). Usul yang telah dipersetujui ialah Diam itu Tandanya Setuju. Bertindak selaku pembangkang, kami hanya mampu bermain-main sewaktu perbincangan dan hanya memikirkan kemungkinan-kemungkinan yang bakal dikemukakan oleh kerajaan. Perdebatan telah berjaya dilakukan dengan penuh meriah dengan pelbagai telatah para pendebat. (Hehehe… Teringat telatah Fahrul dengan ungkapan Badut Sarkas dan lamaran yang telah diutarakan tatkala sesi bidasan hujah.) Akhirnya, usul yang dibawakan oleh pihak kerajaan ditolak oleh hakim dengan juri 2-1 dan margin tipis, 1. Pendepat terbaik dianugerahkan kepada pendebat pertama daripada SSP.

*Cerita-cerita mengenai sidang-sidang seterusnya akan disambung kemudian….

8 Comments »

RSS feed for comments on this post. TrackBack URI

  1. huh?? ana adelah orang yang melamar……..

  2. Salam

    Tahniah kerana tetap berjaya dalam debat kalian. Percayalah, kalian tetap membanggakan saya walaupun saya tidak bersama2 kalian kini. teruskan perjuangan menegakkan yang hak dan menafikan yang batil!

  3. Dan yang paling tak kulupakan, Us Shahir yang sememangnya banyak membantu secara tak langsung… Hehehe… Terpaksa layan karenah kami tak kala dalam tekanan…
    Syukran ustaz kerana menyediakan kami, khususnya ana platform untuk terus berkecimpung dalam arena ini!!!

  4. nak gambar debat

  5. i’m so proud of u guys! xpe, next year ade lg..hihihi. doa ana sentiase bersame korg sume… =)

  6. haah la fahrul…ana teringat gaya abg Ammar cerita kat kitorang pasal nta melamar bdk pompuan tuh….

  7. rindunyer debat!!!!! dah la lps ni xleh join dah………… =(. sedey. xper…….. nanti kite join team debat uia plak… hahaha

  8. assalamualaikum….bestnyer bace citer debate korang…ari tu mase debat uia sy pergi jugak atas nama sm sains johor (a). Mase sesi 1, bilik korang 12 kan? kt orang kat sidang 13..sebelah je…


Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

Blog at WordPress.com.
Entries and comments feeds.

%d bloggers like this: