Alahai PMRI…

January 2, 2008 at 12:22 pm | Posted in Imtihan, Renungan, Sekolahku | 12 Comments
Tags: ,

Assalamualaikum Warahmatullah.

Setelah hampir dua bulan tulisanku mengenai kredibiliti Penilaian Menengah Rendah Islam (PMRI) yang dijalankan oleh pihak SMIAAG dipolimikkan oleh pelbagai pihak di ruang maya ini (PMRI Diabaikan? dan Jawapan Pihak Sekolah Mengenai Isu PMRI), aku masih gagal melihat keberkesanannya. Keadaan tetap tidak berubah! Sehingga kini, aku masih boleh menyimpulkan bahawa sistem penilaian yang telah dijalankan oleh al-Amin sejak zaman berzaman ini masih lagi diabaikan!

Ketika keputusan PMR dan PMRI diumumkan pada tanggal 27 Disember 2007 yang lalu, aku melihat masih ramai ibu bapa dan para pelajar yang tidak mengendahkan keputusan PMRI yang turut diletakkan bersama dalam sampul surat yang diberi. (Bukan semua, aku tidak menafikan keprihatinan sebahagian ibu bapa dan pelajar yang terhadap imtihan PMRI ini! Syukran. Sikap terpuji kalian amatlah bernilai buat institusi pendidikan yang kian diancam oleh pelbagai masalah ini.) Suasana ini diburukkan lagi dengan tindakan pihak sekolah yang tidak menampal keputusan PMRI di papan kenyataan sekolah. Hanya slip keputusan PMR yang telah dikeluarkan oleh pihak kementerian sahaja yang ditampal. Mungkin pihak sekolah memang tidak menyediakan keputusan PMRI tersebut. Namun, sebagai sebuah sekolah rangkaian Musleh yang penubuhannya berlandaskan kepada Falsafah Pendidikan Islam, keadaan ini tidak sepatutnya berlaku. Sikap pihak sekolah yang memandang ringan akan peperiksaan PMRI ini hanya akan membantutkan cita-cita murni yang telah didokongi bersama sejak zaman berzaman iaitu “melahirkan pelajar yang Soleh dan Musleh.”

Mungkin bagi pihak sekolah, masalah ini bukanlah masalah yang besar. Namun, bagi ibu bapa yang prihatin, kegagalan pihak sekolah mempamerkan keputusan PMRI tersebut di papan kenyataan sekolah bersekali dengan keputusan PMR benar-benar mencerminkan sikap pihak sekolah yang memandang enteng terhadap sistem penilaian ini. Bukankah imtihan PMRI ini keduduannya sama dengan PMR? Malah, menurut pihak sekolah, imtihan PMRI ini lebih penting daripada PMR. Ini kerana, sesiapa yang tidak lulus PMRI tidak boleh menyambung tingkatan 4 di sekolah ini. (Rujuk kenyataan Cikgu Alia, komen no 4.) Oleh itu, pihak sekolah sepatutnya berusaha “menampakkan” kepada ibu bapa dan para pelajar bahawa PMRI itu penting! Jika pihak sekolah masih bersikap begini, tidak hairanlah kalau ibu bapa pun tak ambil pusing isu PMRI ini. Mana mungkin ibu bapa akan menitik beratkan imtihan ini kepada anak-anak mereka jika mereka melihat pihak sekolah pun hanya bersikap “hangat-hangat tahi ayam” sahaja terhadap PMRI ini.

Mustahil pihak sekolah tidak mengetahui bahawa papan kenyataan yang mempamerkan keputusan PMR itu sentiasa menjadi rujukan sekalian warga al-Amin yang hendak mengetahui apa kesudahannya PMR dan PMRI 2007. Malangnya, mereka yang melihat papan itu hanya akan mengetahui keputusan PMR sahaja. Keadaan ini menyebabkan ramai ibu bapa yang tertanya-tanya, “berapa orang sebenarnya yang dapat Mumtaz dalam PMRI? Keputusan tak tampal pun. Yang ada keputusan PMR je…” Pernah seorang guru sekolah rendah bertanya kepadaku, “berapa orang yang dapat 9A dan Mumtaz sekaligus?” Aku yang sememangnya tidak tahu tentang fakta sebenar hanya menggelengkan kepala.

Secara keseluruhannya, aku benar-benar kecewa dengan sikap pihak sekolah yang seolah-olah hanya memandang enteng imtihan PMRI ini. Sudah berkali-kali kukatakan, hanya subjek-subjek Syariah ini merupakan keistimewaan yang wujud di al-Amin jika hendak dibandingkan dengan sekolah-sekolah kebangsaan biasa. Setakat hendak mencapai keputusan PMR 9A, masih banyak sekolah kebangsaan yang menawarkan khidmat tersebut. Kalau pihak sekolah sendiripun sudah tidak mempedulikan lagi imtihan ini, nampaknya, al-Amin akan kehilangan keistimewannya lagi, seterusnya akan menjadi pusat pendidikan yang setara dengan sekolah kebangsaan yang dimiliki oleh kerajaan!

Beberapa hari yang lepas, keluarlah analisis keputusan PMR 2007 yang dihebahkan melalui internet. Yang anehnya, di mana perginya analisis keputusan PMRI 2007? Ataupun, memang PMRI 2007 tidak akan dianalisiskan? Ini tandanya kita menitik beratkan PMRI? Ini tandanya PMRI lebih penting daripada PMR? Ayuhlah kita bermuhasabah. Kita serahkanlah kepada pihak sekolah untuk menjawabnya…

Wassalam.

12 Comments »

RSS feed for comments on this post. TrackBack URI

  1. Sampai hati enti menuduh sekolah begini. Takkanlah kerana tidak menampal keputusan PMRI enti boleh buat conclusion yang sekolah memandang enteng peperiksaan ini. Kesian guru guru yang berpenat lelah menyusun segala slip keputusan, memastikan sijil semua ada, memastikan peperiksaan ini disempurnakan dari mula hingga akhir. Disusun jadualnya walau pun serba salah dibuatnya. Bila disusun jadual PMRI sebelum PMR, kami dituduh tidak prihatin akan anak-anak yang dah set minda untuk PMR. Bertalu-talu panggilan talipon ke sekolah. Kami tukar jadual. Buat lepas PMR. Pelajar pulak tak datang. Bagaimana dengan pelajar? Ibu bapa? Rasa penting ke PMRI?
    Sekolah ini masih bertahan seadanya. Walau pun ditekan dari pelbagai pihak. Walau pun dikata macam macam. Penting ke Al Amin dan silibusnya sekarang bila ada ibu bapa yang berhentikan anak-anak sebelum PMR keluar semata-mata kerana hendakkan tempat di sekolah kerajaan supaya dapat ke boarding school? Apalah sangat Al Amin ni… Tapi cikgu tak kisah. Pada cikgu, tindakan ibu bapa tidak semudah yang dilihat. Mungkin ada banyak sebab mereka begitu. Masalah kewangan, dan macam macam lagi…
    Cikgu tak kisah dikata dihina untuk perubahan yang lebih baik. Tapi biarlah berpada. Cukuplah, berhentilah dari mengata sekolah tidak mempedulikan PMRI ini, cukup…kesian guru-guru yang telah bersusah payah. Kalau enti mengata sekolah bermakna enti mengata guru guru tidak kisahkan PMRI ini; padahalnya tidak begitu.

    Jangan begitu mudah menyimpulkan sesuatu berdasarkan apa yang kita nampak sahaja. Banyak benda penting yang kita tahu PENTING tanpa diumumkan. Puasa juga penting, tapi dalam Al Quran simple ayat shows its importance.It doesnt need a lot of explaination and announcement to show it. Akhlak pun penting, we don’t have to announce it everywhere to say that it is very important. We know it is important.

    Manusia bukanlah perfect. Ada orang kadang kadang terlupa. Cikgu tidak mau memperkecilkan enti. Tapi enti mungkin masih muda untuk tahu hal pengurusan/management in reality. You probably don’t know how things actually work in the school.To you it probably as simple as you see it, but actually it’s not.

    This is not an answer from pihak sekolah. And cikgu tak nak enti quote cikgu sebagai pihak sekolah. Please, I really hope you try to understand.

    Cgu Alia

  2. Salam,
    Pertama sekali, ana minta maaf andai tulisan ana kali ini betul-betul mencetuskan kemarahan pihak sekolah, khususnya guru-guru sekalian yang telah banyak berjasa terhadap diriku ini.

    Buat Cikgu Alia, tulisan kali ini bukan seratus peratus dituju kepada guru-guru. Guru-guru bukanlah insan yang bersalah dalam hal ini. Ana tak nafikan jerih payah guru-guru menjayakan imtihan ini. Sudah ana kata, perihal PMRI ini, bukan hanya guru-guru sahaja yang bertanggungjawab! Semua warga al-Amin. Baik pihak lembaga, ibu bapa, guru-guru, mahupun pelajar-pelajar sendiri. Semua perlu buktikan bahawa PMRI tak terabai.

    Bila ana katakan PIHAK SEKOLAH, bukan hanya guru-guru sahaja yang dimaksudkan. Tidak terkecuali para pentadbir sekolah, khususnya kepada ahli-ahli lembaga pengelola yang menentukan dasar-dasar yang dijalankan oleh pihak sekolah. Kalau benarlah pihak atasan memang memandang tinggi PMRI ini, perkara-perkara ini tak akan berlaku. Keputusan akan dihebahkan kepada umum, sapa yang tak datang untuk ujian hafazan, tilawah akan diberitahu ibu bapanya, analisa PMRI akan dikeluarkan… Ya, perkara ini akan berlaku jika pihak atasan yang menguasai sekolah prihatin. Perkara ini bukan salah guru-guru. Guru-guru bukan insan yang patut dipertanggungjawabkan. Guru-guru hanya akan menjalankan arahan sebagaimana yang diterima oleh pihak atasan. Inilah jadinya kalau yang menguasai sekolah tak prihatin!

    Tulisan ini bukan ditulis kosong. Bukan daripada perspektif ana seorang. Ana hanya menulis tulisan ini setelah dibincangkan dengan ibu bapa, khususnya kedua-dua orang tua ana, termasuklah beberapa parents lain serta guru-guru sekolah rendah. Inilah sebenarnya yang tercermin di hati kita semua – hendak melihat PMRI kembali dimartabatkan oleh semua. Ana hanya menyalurkan semua pandangan, dengan harapan, perkara ini tak akan berulang kali. Ramai ibu bapa yang mahu melihat analisa PMRI ada bersama analisa PMR. Namun, menurut analisa yang telah dihebahkan di yahoo groups SMIAA, hanya analisa PMR yang wujud.

    Ana tak pasti mengapa keadaan ini wujud di sekolah. Mungkin kita semua, termasuk kelab kelas tingkatan 3 akan datang, wajar mengkaji bagaimana peperiksaan Pekerti Al-Amin (dahulunya SPPM) dimartabatkan di sekolah rendah, sehinggakan parents mahupun pelajar sendiri tak pandang sebelah mata peperiksaan itu. Mungkin keadaan ini berlaku sebab pihak SRIAA dah awal-awal panggil parents untuk taklimat SPPM sebelum taklimat UPSR lagi kot? Sebab tu parents rasa peri pentingnya imtihan tersebut!

    Apa-apa pun, bukan guru yang wajar disalahkan! Seperti yang ana kata, pihak atasan yang control the school wajar dipersoalkan. Sebab, semua budaya yang wujud kat al-amin ini, tak kiralah dalam kalangan pentadbir, guru-guru, semuanya depends on the pihak atasan tu. Ye lah, macammana otak yang kat kepala tu fikir, macam tu lah anggota badan lain terjemahkan.

    Wassalam,
    p/s: Asif jiddan kepada Cg Alia. Bukan ana sengaja ambil kata-kata cikgu. Memandangkan cikgu seorang sahaja yang selalu tampil ke hadapan, ana tak ada pilihan lain dah. Syukran sebab selalu tampil ke depan menerangkan keadaan kat internet ni. Nak harapkan pihak atasan sekolah jawab, hem….

  3. Assalamualaikum wbrt

    Apparently Lina touched a raw nerve and Cikgu Alia exploded, spewing a steady flow of accusations in her rage. It made me wonder why the rage.

    When Lina writes, she writes with passion. And when she writes about the school, be it a complaint or suggestion, she laid out bare her passion for Al-Amin. She grew up in Al-Amin and we, as her parents, guided her as closely as we could to ensure that she did her best for Al-Amin.

    She may sound like a broken record to you but that is the way she is—persistence and out spoken when she feels strongly about something.

    I’m aware that evil forces everywhere are ganging-up to destroy Islamic Institutions like Al-Amin. Al-Amin, and similar institutions, has to keep shoring up its foundation and brace for the onslaughts. Al-Amin has to be tough with itself, welcoming dissenting views and get itself synchronize with the globalize world.

    The BSC initiative maps strategies to strengthen Al-Amin. Its success depends on how well people in Al-Amin understand it. Parents and students who aired their dissatisfactions helped Al-Amin to march in the right direction.

    Everybody has to play his roles; even school kids have their role to play. We should encourage them to develop critical thinking and have the ability to articulate their views. It is a vital process of growing up in this highly challenging, globalize world. Belittling their views will halt the process.

    Wassalam.

    Azizi Haji Abu Bakar

  4. Did I sound marah to you, azlina? Spewing?Exploding? Than you are wrong. I’m a frequent visitor to your blog as I like what you wrote sometimes. I always give comments…. that’s what we bloggers do, right…
    I hope other individuals didn’t politicise or criticise what I wrote and quote me as pihak sekolah.
    If your father thought I’m angry, than he’s wrong. If he thought you have touched my raw nerve, he’s wrong too. It is more like my tired nerve. It’s a feeling that only teachers understand. We brought our work home all the time because we care about school and our students. Today, for example, last night that is, I slept for only 1 and a half hours, doing school work. Teachers need motivation in what we do. We are a tired lot. Berpadalah kalau nak criticise. We are human beings that have feelings too, not robot. If you write with passion, so do I. I have passion in my work.
    Because we are only human, sometimes we forgot. Just come by and tell us. Don’t write things at the back and people may get you wrong. And you probably don’t really know what really happened. We welcome you all the time. You know where I am.. you know where we teachers are..

    enough said.

  5. Lina, Encik Azizi and Cikgu Alia,

    As I read this far away from California, I am impressed with your passion. I would like to suggest: get together and discuss the solution. If any of the party feels useless or has no time, that is the guy who is going to bring al-Amin down. We can’t do anything but to go for syura. Never exaggerate this writing or bring it outside. Shaitaan in clapping their hands to see us dismantled. Please, set a cordial meeting. I believe there is a way out. Allah yassirukum.

    Los Angeles, California

  6. Kalau ingin menegur,ikhlaskan hati guna cara yang terbaik….

  7. Alhamdulillah, akhirnya analisis yang dinantikan pun dah dikeluarkan. Syukran to all. Ana harap perkara yang sama tak akan berulang tahun hadapan.
    Buat masa ni, blog ini mungkin tak dapat digerakkan. Almaklumlah, ana agak sibuk dengan pembelajaran di sekolah…

  8. salam ukhti, terjumpa blog anti bila ana google al-amin .. terjumpa juga super junior alamin di sini. Moga terus belajar di bumi yang penuh barakah itu… Ana miss alamin, guru-gurunya dan suasananya… salam jauh dari bumi UK…

  9. hmmm…baru baca mnde ni..snanya mnde ni da pun dikecoh2 dlm klgn kami
    bdk2 mngh atas..ada yg x stuju, ada juga yg stuju.
    tahniah krn bjaya trigger phk skola utk kuarkan analisis nih.
    harap pasni phk skola kluarkan tiap2 tawn ‘faster’ juz like sriaag.
    ok..marilah kita saling memahami,…salamun ‘alaikum. 🙂

  10. Ditujukan kepada diri sendiri, rakan2, anak2 murid dan semua muslimin muslimat.

    Askum wbt.. Marilah kita kembali kepada sunnah nabi.
    Saya ingin mengingatkan diri saya dengan sabda Rasulullah s.a.w.

    “La Yadkhulul-jannah man kaana fi qalbihi misqala habbatin min khordalin min kibrin”
    “Tidak akan masuk syurga orang yang di dalam hatinya terdapat seberat biji sawi daripada sifat kesombongan” (Hadith sohih Riwayat Muslim)

    Moga-moga saya terhindar dari sifat ini

    Saya bekas pelajar SMI Al-Amin generasi ke-4, bekas pelajar UIA, bekas guru Al-Amin, sekarang bekerja sebagai Engineer di PERNEC. Saya pernah merasai kehidupan sebagai pelajar SMI Al-Amin selama 5 tahun dan pernah merasai kehidupan sebagai seorang guru SMI Al-Amin selama 2 tahun. Seandainya saya menjadi seorang pelajar Al-Amin semula, saya akan menjadi seorang yang suka memasukkan kegembiraan dalam hati kawan-kawan, guru-guru, kakitangan-kakitangan sekolah dan berhati-hati ketika bercakap walau bagaimanapun saya nampak seseorang itu dari kacamata saya, dan walau bagaimana sekalipun tindakan orang terhadap saya. Kerana saya sudah tahu bahawa ketika saya dibangku sekolah saya melihat dengan kekaburan. dan saya sudah tahu bahawa sekarang saya seorang yang tabah dan bersabar. Begitu juga sebagai seorang dewasa, saya akan bersikap yang sama.

    Marilah sama-sama kita mengingat kembali ayat Al-Quran:

    “Dan hamba-hamba Tuhan yang Maha Penyayang itu ialah orang -orang yang berjalan di atas bumi dengan rendah hati dan apabila orang-orang jahil menyapa mereka, mereka mengucapkan kata-kata yang baik”
    (Al-Furqaan: 63)

  11. erm tgh cari ape2 berkaitan skolah al-amin ana yg lame2, last terjumpe ni lak heh!😀😛 PMRI… erm ana xpasti ler zmn ana ade ker? mase tu zmn tahun 1998…. erm😕

  12. erm ana rase mengenai keberkesaannyer tu, ana rase ade btul nyer gak… sbb sejak lepas al-amin dlm tahun 2000… sejak dr tu, tgk makin lame makin teruk jer, yer ker?😕 dunia kat luar makin mencabar, tp kalo sistem masih same jer, mmg kire skolah tak up-to-date ler dgn perkembangan semase…

    Firdaus
    Generasi ke-6 al-amin gombak


Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

Create a free website or blog at WordPress.com.
Entries and comments feeds.

%d bloggers like this: