Tahfiz Cuti Sekolah 2007 – Satu Catatan

December 16, 2007 at 9:51 am | Posted in Citra Kehidupan, Sekolahku | 11 Comments
Tags: , , ,

Salam,

Alhamdulillah, pada tanggal 14 Disember yang lalu, kelas tahfiz yang diadakan di sekolah telah melabuhkan tirai 2007 secara rasmi setelah 33 hari (bagi tingkatan 3 sahaja, tingkatan-tingkatan lain kurang 5 hari) kelas tahfiz musim cuti sekolah dijalankan selama empat jam. Program tahfiz semasa cuti sekolah kali ini telah banyak mendatangkan manfaat buat kami, khususnya dalam usaha untuk menambah hafalan sebanyak mungkin. Inilah sedikit sebanyak catatan yang dapat dikongsi bersama. Catatan ini dibuat berdasarkan pemerhatian ana selama tahfiz ini berjalan.

7:30 am

Pelajar-pelajar mula datang ke sekolah seawal ini untuk mengikuti kelas yang dijadualkan bermula pukul 7:30 pagi. Banyak pengorbanan perlu dilakukan untuk menghadiri kelas tahfiz ini – mencari modal untuk dipersembahkan di hadapan cikgu sebanyak mungkin, meninggalkan lambaian bantal tercinta, rancangan-rancangan kartun di televisyen, dan sebagainya. Di kelas kami…

Cg Roslina

Cikgu Roslina, mudir tahfiz kami, merangkap guru kumpulan tahfiz kami.

Cikgu  : Aik, mana Een ni? Dah pukul 7:35 pagi ni! Kenapa tak muncul-muncul   lagi?

Lina     : Sabar. Kejap lagi, muncul lah tu…

Cikgu  : Ye la. Cepat baca Quran ni. Jangan main. Nanti, tak sempat nak habis target yang cikgu tetapkan.

Tak lama kemudian, Een pun muncul.

Cikgu  : Kenapa lambat?

Een      : Hehehe, maaf banyak-banyak. Terbangun lambat la tadi.

Cikgu  : Esok, jangan datang lewat lagi. Kalau tak, balik lewat! Nak tak?

Kelas berjalan seperti biasa. Kami tetap membaca al-Quran walaupun kadang kala diselangi dengan perbualan.Tetapi, seperti biasa, kedai kopi yang baru hendak mula rancak itu akan mati dengan sendirinya apabila cikgu mula jeling-jeling terhadap kami. “Ala cikgu, cakap sikit je. Tak pe, jangan risau, nanti kami tasmi’…” Begitulah selalunya alasan kami. (Memang benar pun! Tak lama lepas tu, datanglah seorang demi seorang ke depan untuk tasmi’.)

Selepas setengah jam kelas bermula, kami pun mula tasmi’ dengan cikgu. Ada yang datang dengan rela hati, ada yang datang setelah dipanggil. Ah, macam-macam karenahnya. Selamat cikgu sabar melayan. Kalau tak…

Tasmi’

Ayuh tasmi’! Pastikan perjuangan merebut 30 juzu’ itu akan tercapai!

10:20 am

Lagi sepuluh minit masa rehat akan tiba! Seperti biasa, kelas kami akan turun lebih awal untuk menyiapkan hidangan yang telah ditempah dengan caterer yang juga merupakan salah seorang parents tahfiz.

Cikgu : Cepat! Kita kena turun siapkan makanan. Nanti terlambat!

Kami  : Menurut perintah, tuanku!

Begitulah kami. Biasanya, cikgu, ana, Meme, Ili, dengan Dena akan menguruskan makanan, manakala Een, Aizul, dan Nah, akan berkerjasama menguruskan bahagian minuman. (Hehe, kiranya, setelah berminggu-minggu kami berlatih menyediakan makanan, layak kot jadi caterer?)

10:30 am

Alhamdulillah, rehat telah tiba! Masa untuk bersantap jasmani pula, setelah puas rohani disuap dengan zikrullah sebentar tadi! Eh, hari ni lauk apa ye?

Fenomena waktu rehat ini benar-benar membuatkan ana gembira. (Ana gembira bukan sebab waktu rehat ialah waktu kami menyantap hidangan, tapi, situasinya.) Ya, situasinya memang benar-benar mendamaikan jiwa! Terpesona jiwa ini tatkala melihat hubungan yang begitu intim antara guru-guru tahfiz dengan anak-anak muridnya.

Us Usman

Ustaz

Cikgu

Sebahagian daripada Guru-guru Tahfiz yang gigih mencurahkan khidmat bakti.

Kebanyakan guru-guru yang akan menghabiskan waktu rehat ini bersama-sama dengan anak muridnya. Semua dibuat secara bersama – berkongsi meja yang sama, makanan yang sama, minuman yang sama, perbualan yang sama, mengemas kantin bersama-sama, dan sebagainya. Semuanya secara berjemaah. Tidak ada jurang yang ketara antara anak murid dengan guru-guru. Guru mengenali anak murid mereka sedalam-dalamnya. Anak-anak murid juga mengenali guru-guru mereka dengan sedalam-dalamnya. Inilah yang mencetuskan kemeriahan dalam program tahfiz ini. Suasana ini akan menyemai kasih sayang antara seorang guru dengan anak-anak muridnya yang bermacam itu. Sedihnya, situasi ini jarang dilihat di sekolah pada waktu persekolahan biasa. Ya, jarang sekali.

persekolahan biasa. Ya, jarang sekali.

Pelajar banin 1 : Cikgu, nak tambah boleh?

Cikgu              : Boleh. Ambil lah sendiri. Siapa lagi nak tambah??? Makanan banyak lebih ni…

Kami               : Hehe, cikgu. Bab makan, kami tak akan tolak punya.

Cikgu              : Ye la. Tapi, lepas makan, pastikan kemas. Sampah jangan buang dalam tong sampah sekolah, buang dalam plastik yang disediakan tau! Ingat!

Masa rehat yang berbaki digunakan secara optimumnya oleh pelajar-pelajar, terutamanya banin untuk bermain apa-apa sahaja permainan di gelanggang dan dihadapan pondok jaga. Ye la, selepas perut kenyang, kita riadah pula. Baru bertenaga untuk teruskan perjuangan sehingga pukul 12:30 nanti. Tak gitu?

11:00 am

Rehat sudah habis. Pelajar-pelajar lain sudah masuk ke kelas. Tinggallah kami di kantin ini, mengemas kantin yang selalunya agak kelam-kabut setelah berakhirnya rehat. Angkat kerusi, lap mej, kutip sisa-sisa makanan yang ditinggalkan, dan sebagainya. Selepas semuanya siap, barulah kami akan kembali ke kelas bagi meneruskan perjuangan yang masih bersisa.

12:30 pm

Masa untuk pulang! Cepat, cepat! Nak balik. Game, bantal, komputer, semuanya menanti di rumah. Tapi, bersabarlah. Tunggu dulu cikgu bagi balik ataupun tidak.

Pelajar-pelajar sekolah rendah             : 10, 9, 8, 7, 6, 5, 4, 3, 2, 1! Cikgu dah pukul 12:30 tepat! Kami balik ye… Assalamualaikum.

Cikgu                                                  : Aik, cepatnya salam. Siapa bagi balik? Tunggu dulu. Lagi lima minit baru boleh keluar. Tapi, Azhari, Hanafi, Hud, tak boleh balik lagi. Azhari dengan Hanafi habiskan murajaah dulu. Ha, Hud, mana hutang? Yasin tu habiskan dulu. Baru balik.

Hud                                                     : Ala cikgu…

Azhari                                                 : Kena ulang dulu ke? Isk…isk…

Cikgu                                                  : Lina pun sama. Ulang dengan Aizul dulu. Sekurang-kurangnya satu maqra’, baru balik.

Lina                                                     : Ok..ok…

Begitulah situasinya. Selagi tak habis tugas harian yang telah ditetapkan cikgu, tak balik lah jawabnya, kecuali kalau hari tu cikgu ada kelas di UIA. Terpaksa balik cepat. Selamatlah sikit… Tapi, tunggulah esok… Hukuman tertangguh! Aduh, lagi dahsyat la jawabnya…

Itulah sedikit sebanyak yang dapat ana kongsikan bersama. Semoga kelas tahfiz yang dijalankan semasa musim cuti sekolah ini akan dapat menggegarkan bangunan al-Amin dengan ayat-ayat al-Quran, seterusnya menberikan rahmah buat semua. (Ye la, macam mana tak bergegar bangunan, kami ini, terutamanya adik-adik sekolah rendah, kalau dah mula menghafal, memang kuat bacaannya. Dari tangga lagi dah mula kedengaran.) Jangan marah adik-adikku. Kalianlah sebenarnya yang telah mencetuskan biah al-Quran tatkala kelas sedang berjalan.

Teruskanlah usaha kita menggegarkan bangunan usang ini dengan cahaya al-Quran. Semoga segala kegembiraan yang dikongsi bersama sepanjang kelas ini berjalan akan dapat memberi suntikan semangat untuk terus mengejar impian yang sememangnya sudah lama tersemat di jiwa – menjadi huffazul Quran!

Sekian,
Wassalam.

P/s: Gambar-gambar ini diambil daripada weblog ATACE. Sebarang pertanyaan mengenai program tahfiz yang dijalankan ini, kalian bolehlah merujuk di sini.

11 Comments »

RSS feed for comments on this post. TrackBack URI

  1. Apalah kak lina .Dia tipu je semua dailog itu. Jangan terpedaya. Dia saja nak kutuk banin( lelaki ), kak Shirine (Een) dan saya. Dia konon je baik tapi dia sebenarnya sama je. dengan jujurnyalah saya katakan, konon je baik padahal dia pun sama juga.

  2. Memanglah tipu je adik oii!!!! Orang nak gambarkan suasana je! Tak semestinya betul. Tapi hampir lah tu…
    Hehehe, kak Syireen la? Awak eja apa tuh? Nak sebut macam mana? Tergeliat lidah…
    Mana ada group kita baik? Gila-gila je semua. Tak pernah jadi baik. Tak gitu? Termasuklah awak dengan Syafiq sekali.
    Mana ada orang kutuk banin? Sama je. Ek eleh. Jangan nak bawa pengaruh “kejantinaan” kat sini tau!

  3. Azhari nak tulis shrine sebenarnya.tahu tak shrine tu ape? pergi tengok http://www.ezsoftech.com/islamic/infallible9.asp

  4. hmm.
    kenapa sekarang tak ada pihak ATACE yang ‘conduct ‘ tahfiz pada pagi hari?
    i wonder why??
    ana juz nmpk mereke petang2 je.

  5. ni yang diketengahkan!! pagi tak leh tasmi’, petang ada mesyuarat. Mesyuarat paling pendek masa pun setengah jam. Tahfiz kat sek hanya wak2 petang aje…so, seminggu brapa kali kita bersemuka? dan dalam 120 minit yang diperuntukkan petang tu pun bukanlah kita boleh baca banyak mana.dengan bebudak jantan yang asyik lari sana sini…dengan karenah macam2 seperti dalam penulisan lina ni lagi…tak termasuk lagi karenah lina sendiri. hehe..susahla camni..!!

  6. Sabarlah Azah, manalah tahu, di sebalik kepayahan ini, kita dididik untuk lebih menghargai setiap detik yang telah berlalu…
    Jangan lupa, Inna Maal Usri Yusra…

  7. Assalamualaikum wbrt,
    Bagaimana nak menyertai Program ini di musim cuti sekolah. Terima Kasih.
    Wassalam.

  8. Boleh rujuk pada nombor 019-260 8838 (Puan Junaidah Ibrahim), atau 010-336 5096 (Encik Azizi Abu Bakar). InsyaAllah puan akan mendapat maklumat yang diperlukan. Terima kasih.

  9. both ur parents.
    Actually, I wonder y ATACE mcm ada konflik with skola?
    I heard that one of ATACE’s teachers kutuk budak alamin depan cikgu skola alamin. And cg alamin agak bengang, because cg tu knal budak2 tu lg lama. than only-a-year half time teacher. Hope dpt diresolusikn. And Azlina, nt bek dgn cg2 kn. Ana mntk harap, ada di antara tenaga pengajar dpt betulkan communication skill. Sebab, cara salah seorng dr mereka da change the persepsi rama kawan ana, after seeing that kinda kasar. wonder, adakah ini yg patut ditonjolkan as a walking quran ? ana harap nt dpt ckp, or smpaikn. ana pon hny menyampaikn. For me, as a walking quran, maybe smtim kite tension, tp jgn smpai nk kasar2. Wa innaka la’ala khuluqin ‘azim. Sunnah tebesar, ialah akhlak yg baik. Hmm. Sampaikn. btw, conrats, for becoming the first alamin’s hafizah. Pure product. And pure akhlak also. Keep up the good work!

  10. saya ada seorang saja anak lelaki. Berumur 7thn pd thn 2009 nanti. Saya nak anak saya anak saya menjadi org berguna di sisi islam sebenar. Bolehkah dia belajar di sekolah tahfiz. Tapi saya bukanlah berkemampuan sangat dari segi kewangan. Mungkin anak saya dpt menjadi Tahfiz satu hari nanti. Boleh tunjukkan saya jalan

  11. salam.
    saya teringin sangat untuk menyertai program ala tahfiz ni,
    tapi saya tidak tahu bagaimana untuk menyertainya dan dimana program seperti ini dijalankan.
    saya harap saudari dapat berkongsi sedikit tentang program-program seperti ini kepada saya.
    terima kasih.. =)


Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

Create a free website or blog at WordPress.com.
Entries and comments feeds.

%d bloggers like this: