Inikah Bahasa Kita?

November 27, 2007 at 8:33 am | Posted in Citra Kehidupan, Renungan | 15 Comments
Tags: , ,

Assalamualaikum Warahmatullah…

Utamakan Bahasa Melayu

Bahasa Jiwa Bangsa

“salam lina??
hohoo..xtau plak awk ade fs..
so, cne da abes pmr??
feel relief..
ke
takot nk msk
f4??
da besa da korang sme an??
hahaha..
xsangke..
hikhik..jahat x??”

“pihak skola juga dpt tau bahawa dengar cerita kelab kelas f3 sendiri nk buat something atau prgm ape tah utk korg ni..tp mcm xde ape2 pon..n skola waktu tu maybe terpaksa focus pd exam..serta guru2 tarbiyah termasuk ana juga ketika itu sehinggalah skrg ni sedang sibuk merencanakan perancangan prgm trbyh utk thn dpn..jd kami pon xterpikirkn mengenai ntum..lagipon…”

MasyaAllah, sakit betul mata ana memandang coretan sebegini. (Coretan pertama diambil daripada Friendster ana, manakala tulisan kedua diambil daripada ruang komen di blog ana sendiri.) Semuanya dipendek-pendekkan sehingga sukar hendak dibaca. Kalau tidak dipendekkan pun, ejaan-ejaan kalimah tersebut diubah-ubah supaya bunyinya selari dengan gaya percakapan. (Perlu diingatkan ye, gaya percakapan sudah tentulah tidak sama dengan gaya penulisan.) Tidak cukup dengan pendek, Bahasa Melayu yang sememangnya sudah sedia indah itu dicampur adukkan pula dengan Bahasa Inggeris. Akibatnya, terciptalah bahasa rojak yang kian digunakan secara meluas mutakhir ini terutamanya dalam kalangan generasi muda. (Bukan ana hendak menafikan kepentingan menguasai bahasa lain selain bahasa ibunda, namun, tidak perlulah dicampur adukkan sehingga menjadi cacamerba.)

Secara asasnya, ana tidaklah begitu kisah sekiranya yang dipendekkan itu cuma beberapa perkataan sahaja seperti yang menjadi yg, seperti menjadi spt, sekolah menjadi sek, dan sebagainya yang sudah diketahui umum. Tetapi, jika keseluruhan tulisan dipendek-pendekkan dan dirojakkan bahasanya, perasaan jelak tatkala membaca akan muncul juga.

Jika di SMS, dapatlah ana fahami rasionalnya mengapa kalimah-kalimah disingkatkan ejaannya. Jumlah huruf yang dihadkan untuk satu SMS adalah terhad (sekitar 160 karakter), jadi dapatlah ana fahami mengapa ejaan-ejaan itu perlu dipendekkan. Tetapi, jika keadaan terbawa-bawa ke tulisan-tulisan biasa yang tidak mengambil kira jumlah kalimah, ana masih tidak dapat memahami rasionalnya mengapa kalimah tersebut perlu dipendekkan.

Pelik ana mengenangkan budaya baru yang sedang menghantui kehidupan masyarakat kita hari ini! Secara peribadinya, ana memang tidak menyenangi fenomena ini. Bagi ana, tulisan-tulisan sebegini hanya melambangkan keperibadiaan seseorang yang kurang bertanggungjawab, tidak beradab, tidak teliti, serta tidak menghargai keindahan bahasa. Generasi baru ini seolah-olah sudah tidak sayang akan kemurniaan bahasa ibunda kita.

Mungkin ada yang beranggapan bahawa sikap ana terhadap tulisan yang disingkat-singkatkan ini sebagai skema, poyo, perasan bagus, dan sebagainya. Bagi mereka yang beranggapan sedemikian, andalah yang perlu bermuhasabah diri. Walau apapun alasan yang anda berikan, keharmonian bahasa perlulah dipelihara sebaik-baiknya. Memang tidak dapat ana nafikan bahawa tulisan ana sendiri tidaklah sebagus mana, masih terdapat banyak kecacatan, cuma, ana sendiri sentiasa berhati-hati dalam penulisan agar keharmonian bahasa tetap terpelihara – tidak ada singkatan-singkatan ejaan yang menyesakkan dada serta campuran-campuran bahasa dari luar yang menyakitkan jiwa.

Lihat sahaja Kalamullah yang diturunkan sebagai panduan hidup kita. Ayat-ayatnya sangat indah tidak kiralah dari sudut bahasanya, ungkapannya, rima akhirnya, semuanya menenangkan dan mendamaikan jiwa. Tidak wujud singkatan-singkatan ejaan dan campuran-campuran bahasa yang memeningkan kepala.

Saranan ana buat semua, peliharalah bahasa kita. Sesungguhnya, cara kita berbahasa akan melambangkan jati diri dan perilaku kita.

Ingatlah, “bahasa jiwa bangsa. Rosak bahasa, rosaklah bangsa.”

Sekian,

Wassalam

15 Comments »

RSS feed for comments on this post. TrackBack URI

  1. Apa boleh kita lakukan,sekadar menulis,menegur dan menyatakan dalil-dalil kepentingan Bahasa Melayu.Namun tiada suatu sistem dan suasana yang mendorong ke arah memartabatkan Bahasa Melayu.Semuanya sama , baik ahli parlimen,cendekiawan dan lain-lain berlagak dengan kenyataan meremehkan bahasa mereka sendiri ,inikan pula rakyat bawahan yang bergeliga ‘otaknya’.Ibnu Khaldun(?)berkata bahawa rakyat akan mengikut tabiat umara’…

  2. Ana setuju 100% dengan kalam Ibn Khaldun tersebut. Tak boleh nak cakap apa. Kadang-kadang, ahli-ahli politik sendiri yang menggunakan bahasa rojak dalam sidang berita yang dihadiri mereka. Nampak kecelaruan yang nyata antara pihak DBP yang tak habis-habis bertungkus lumus memartabatkan bahasa ibunda dengan pihak kerajaan yang seolah-olah tidak mempedulikan usaha DBP tersebut. Inilah masalahnya. Kalau bukan kita yang hendak memelihara Bahasa Melayu ini, siapa lagi yang akan membelanya? Nak harapkan bangsa lain?

  3. assalamu’alaikum warahmatullahi wabarakatuh..

    saya sangat terasa seolah-olah saya dihina dengan nyata di dalam blog ini..!!

    ya..mana tidak..yang ditulis balik itu adalah daripada tulisan saya sendiri di dalam saya menegur kembali persoalan yang kejam terhadap sekolah sendiri itu.!!

    ya..!!saya memang layak dikeji lagi dihina kerana saya antara orang yang nurazlina maksudkan sebagai perosak bangsa, kerana merosakkan bahasa bangsa kita sendiri..

    ya..saya tidak sempurna mana dalam penulisan saya..kerana itu saya hanyalah berkhidmat sebagai pembantu makmal sahaja..tidak jadi orang lain yang telah menyambung pelajaran mereka ke tempat-tempat yang ternama..sedang saya hanyalah berhempas-pulas berkhidmat di sini dengan pendapatan yang cukup untuk saya..dan saya tidak kisah kalau saya dihina..kerana saya layak menerimanya..tidak perlu minta maaf kerana saya sudah memaafkan anda..

    ya..saya anggap penghinaan ini juga sebagai teguran untuk saya supaya saya sendiri cuba untuk menulis dengan baik dan saya yakin masih ada banyak kesalahan dalam penulisan saya ini..tetapi saya cuba sedaya upaya saya..saya harap jika ada sebarang masalah lagi..tegurlah saya dengan penuh “hikmah” anda itu mudah-mudahan saya dapat perbaiki lagi kesalahan saya..

    ya..mungkin ada benar juga dalam kalimah “melayu mudah” lupa..kerana kita mungkin lupa akan pepatah melayu berbunyi “bagai belanga mengata bawah(punggung) kuali hitam”..mungkin belanga itu lupa bahawa belanga juga sama tugasnya dengan kuali iaitu menjadi tempat yang boleh dimasak dengan memanaskan api di bawahnya sehingga tidak melihat bawah sendiri juga hitam..mungkin saya boleh ringkaskan kepada pantun berbunyi:
    ” paku dulang, paku serpih
    mengata orang, dia yang lebih”
    kenapa agaknya saya berkata demikian, kerana nurazlina juga menggunakan bahasa rojaknya..mencampur adukkan antara bahasa yang indah ini dengan kata ganti diri bahasa arab iaitu “ana”..saya faham jika beliau sendiri ingin memberikan gambaran kepada pembaca bahawa penulisannya lebih berbentuk keagamaan..tetapi adakah matlamat menghalalkan cara?

    ya..berbelit juga penulisan saya ini..mungkin emosi yang sedih mengatasi dari penulisan saya ini..sekali lagi untuk saya nyatakan..saya terima penghinaan ini dan saya tidak sedikit pun ingin tuntut di akhirat nanti..malah saya juga tidak mahu tuntut keadilan tentang betapa sakitnya hati saya membaca luahan peribadi ini..dan dikesempatan ini,saya juga ingin memohon maaf jika tulisan saya sebelum ini,ketika ini, dan akan datang menyakitkan mata para pembaca sekalian..minta maaf saya pohonkan..

    ya..akhir sekali..ingin saya mengajak para pembaca merenung ayat al-Quran dengan mendalami tafsirnya yang telah para ulama’ sebelum ini bawakan perbincangan tentang ayat ini iaitu surah al-Hujurat(49) ayat ke-12 ini..rujuklah kitab2 tafsir untuk memberi lebih pemahaman kenapa Allah berfirman sedemikian..

    “Wahai orang-orang yang beriman! Jauhilah banyak dari prasangka, sesungguhnya sebahagaian prasangka itu dosa, dan janganlah kamu mencari-cari kesalahan oran lain, dan janganlah ada diantara kamu yang mengunjing(mengumpat) sebagian yang lain. Apakah ada diantara kamu yang suka memakan daging saudaranya yang sudah mati? Tentu kamu merasa jijik. Dan bertaqwalah kepada Allah, sungguh Allah Maha Penerima taubat lagi Maha Penyayang.” [49:12]

    “Kalamullah lebih mulia dari segala-galanya dan Kalamullah bukanlah lebih rendah atau sama dengan makhluk..
    apakah yang ada lebih mulia dari Kalamullah yang suci ini?”[ibnu taimiyah dlm mentahqiqkan darjat ketinggian al-Quran bukan makhluq, buku aqidah wasatiyah]

    ya..cukuplah nukilan saya untuk setakat ini sahaja..segala kelemahan dari diri saya ini Allah telah taqdirkan dari sebelum saya lahir lagi..dan Maha Suci Allah kerana mertaqdirkan atas segala yang berlaku pada diri saya serta pada diri nurazlina sendiri serta para pembaca yang lain..

    wassalam..

  4. Waalaikumussalam Warahmatullahi Wabarakatuh…
    Terima kasih kerana abg sarep masih sudi untuk menyinggah di blog yang mungkin banyak telah mencalarkan hati dan perasaan anda. Terima kasih juga kerana sudi memberikan sedikit peringatan buat kita bersama.

    Maaf banyak-banyak andai tindakan ana mengambil tulisan anda untuk diletakkan dalam blog ini menyakitkan hati dan menyebabkan anda rasa terhina. MasyaAllah, jauh sekali tindakan ini ialah untuk menghina diri abg sarep yang sememangnya ana sanjungi ketinggian ilmunya dan kegigihannya merangka program tarbiah untuk pelajar-pelajar al-Amin. Sebenarnya, ana hanya mahu menyatakan contoh dan secara tidak langsung menegur sikap semua pembaca blog ini yang kadang-kadang memandang enteng isu berbahasa ini.

    Mengenai kalimah “ana” yang ana gunakan bagi menggantikan kalimah saya, itu memang sengaja dibuat. Kalimah tersebut ada termaktub dalam Kamus Dewan (Edisi Keempat mukasurat 48). Entah mengapa, memang banyak kalimah-kalimah Bahasa Melayu yang diasimilasikan dengan Bahasa Arab. Memang diakui, pada awal-awal coretan yang telah saya letakkan di blog ini, hampir kesemuanya ana guna kalimah “aku”. Namun situasi itu berubah apabila ana merasakan bahawa kalimah itu tidak cocok dengan budaya yang telah diperkenalkan oleh al-Amin sejak ana darjah satu lagu. Atas dasar inilah, ana mengubah kalimah “aku” ini kepada ana.

    Sebenarnya, coretan kali ini bukan ana tulis atas dasar rasa sakit hati ana terhadap abg sarep. Ana hanya bertindak menulis coretan ini setelah ana lihat fenomena ini memang semakin parah, khususnya dalam kalangan remaja, sehingga menyebabkan generasi yang sudah berumur kadang-kadang merasa rimas dengan masalah ini. Inilah tujuan ana menulis coretan ini. Bukannya berpunca daripada komen-komen kalian yang menggunakan bahasa rojak, tetapi berpunca daripada rungutan mak dan abah ana serta pengamatan ana sendiri. Di sini ada pautkan satu artikel daripada Saifulislam.Com yang mengulas tentang isu ini.
    http://saifulislam.com/?p=721

    Ana harap abg sarep akan berlapang dada dengan penjelasan ini. Ingat, kadang-kadang pengislahan itu menuntut seribu kepayahan, namun, janganlah sekali-kali kita mengalah di tengah jalan.
    Wassalam.

  5. Assalamualaikum,
    Boleh cikgu menyampuk sama? Walau pun mengajar BI, bahasa melayu sebenarnya sangat dekat di hati. Zaman sekolah dulu, cikgu memang champion bm ni. (chewah…)
    Sebenarnya, blog adalah satu saluran untuk kita meluahkan isi hati dan macam macam lagi. Untuk menulis secara formal dengan bahasa yang teratur tersusun, kekadang maksud kita tak kesampaian. Bila kita menulis mengikut rasa hati, kita lebih suka menulis pantas sepantas fikiran kita berfikir. Kadang kadang sampai silap eja sebab otak dan tangan berlumba-lumba menyampaikan maksud! Jadi cikgu rasa tak apa kalau kita menulis dengan cara ini..dipendekkan mana sesuai, dan bahasanya seperti bahasa percakapan. Barulah seronok dibaca dan sampai maksudnya. Macam kita bersembang la. Tapi tak guna mulut…
    Apa salahnya kalau ditulis seperti bahasa rojak. Asalkan yang menulis tau dan arif bila kena bercakap dan menulis secara formal, gunakan bahasa yang betul. Ini pendapat cikgu la… I’ve read so many blogs and have friends all over the world out of these blogs. Macam macam rupa dan bahasa yang pelbagai rojaknya walau pun in english…
    Memang inilah trend sekarang. Inilah cabarannya bila semua orang ada handphone, computer, yang dulu dulu cikgu masa kecik tak pernah terfikir pun…Sebagai guru this a challenge for me especially bila dapat essay yang student tulis, languangenya macam dalam handphone. I have to remind them many many times. But then, it’s my job!

    Cikgu Alia

  6. Salam, Cikgu Alia…

    Ana amat mengalu-alukan komen dan pandangan yang cikgu nukilkan. Champion BM? Memangpun… Cikgu al-Amin champion semua benda kan? Sebab tu lah, bila mengajar hebat-hebat belaka…

    Ana setuju dengan pendapat cikgu. Blog sememangnya tempat untuk kita meluahkan apa yang terbuku di fikiran, jadi, tak jadi masalah kalau bahasa yang digunakan tidak terlalu mencengkam, ringan, dan santai. Tapi, yang jadi masalahnya ialah apabila bahasa yang digunakan terlalu dipendek-pendekkan, sampai sukar dan memenatkan untuk dibaca, terutamanya bagi golongan dewasa yang sememangnya tak dibesarkan dalam suasana tulisan singkat-singkat ni! Hilang kesantaiannya… Ana rasa, kita bercakap sehari-harian pun tak seteruk tu… (Tak taulah kalau orang lain cakap terpotong-potong macam tu. Buruk benar bunyinya…) Itulah yang ana nak sampaikan sebenarnya. Ana memang tak kisah sangat kalau beberapa perkataan sahaja yang dipendekkan. Tapi, kalau semua dipendekkan, hilang juga mood ni nak menatap tulisan yang sedemikian. Bagi ana, ana lebih suka baca tulisan yang santai macam cikgu guna, tapi janganlah sampai terlalu tak formal… Cacamerba jadinya! Nasihat ana buat semua, terutamanya golongan remaja, pandai-pandailah berbahasa. Jangan sampai akhirnya martabat bahasa kita sendiri yang ternoda.

    Buat cikgu, teruskanlah usaha cemerlang cikgu mengajar anak-anak didik yang banyak karenahnya seperti kami ini. Barakallahu Fi Kum, guru-guruku!

    Wassalam
    Secara keseluruhannya, ana

  7. assalamualaikum warahmatullah wabrakatuh

    sebenarnya..ana sendiri ada pon ada perasaan dan sensitif gak pada sesuatu keadaan. Kena pula baca blog nti ni..tu yg cpt terasa tu..ana pun minta maaf juga sebab mungkin teremosi dalam comment ana yg sblm ini..teguran yg ingin nti maksudkan tu mungkin objektifnya lain, tapi kefahaman yg ana tangkap itu lain..

    sebenarnya kepekaan nti terhadap persekitaran sangat baik dan bukan semua ada..dan ini yg kita mahukan pada pelajar2 agar ia tidak “terkepompong” dlm mentaliti al-amin sahaja..

    dan kadang-kadang ana melihat corak luahan nti ni sgt berhemah lagi berhikmah utk teguran tentang sesuatu, mungkin juga kadang-kadang nti guna cara “cakap lepas” pun ada gak..tp tu la..mungkin nti juga boleh bermuhasabah utk perbaiki kesilapan dlm kita menegur secara berkesan..

    ana sudi menerima sebarang teguran dari pelbagai pihak agar ana dapat perbaiki diri ana..tengok..tulisan ana kt blog nti kalini dh baik sikit..tak ada lagi “short form” yg digunakn..kalau ada pun, sikit jer kot..hehe..dah terbiasa tulis macamtu..

    kalau nti tahun depan ada di al-amin, tak berhajat nk pindah ke mana-mana,mungkin dapat membantu ana juga untuk tarbiyah di al-amin dlm bentuk penulisan seperti blog nti ni..

    bagi ana, kalau nti fikir lebih panjang untuk menegur sesorg atau tentang sesuatu agar dapat melaksanakan teguran yg berkesan, mungkin nti akan dapat merasai serta melihat kesan daripada berfikir panjang terlebih dahulu..

    pada mula-mula ana baca nukilan nti tu..ana mmg sgt terkilan ar..emosi ana pun menguasai jari-jemari nak type kt keyboard ni..tu yg ana reply pon emo gak..hehe..sori yer..

    k ar..ape2 hal pun..think first before do something..

    wassalam

  8. Waalaikumussalam Warahmatullahi Wabarakatuh,

    InsyaAllah, ana masih setia di al-Amin tahun depan. Memang tak ada rancangan nak ke mana-mana.

    Berlapang dadalah dengan segala kekhilafan yang wujud!

    Wassalam.

  9. Assalamualaikum nurazlina..
    Selamat berpuasa…Nice Topic ..Memang patut kita utamakan bahasa melayu tetapi jangan lupa kena belajar bahasa2 yg lain.

    Keep posting
    Lyiana

    (ingin tahu petua2 sila la keblog saya k)

  10. Assalamualaikum w.b.t.

    Apabila memerhatikan penulisan ini.. Tidak tersangka sifat kewanitaan iaitu terlalu memerhati itu ada pada rafiqahku Nurazlina. Pendapat ana, penulisan yang berbentuk ‘short form’ yang kritikal sememangnya susah nak difahamkan. Terpaksa mengambil masa. Contohnya komentar pertama di dalam penulisan atas. Apapun, bagi ana, komen yang Abg Sarep tulis tu tidaklah sekritikal mana… (pendapat ana)
    Apapun,huh……….sudah pun kita lihat. Azlina telah menetapkan dirinya sebagai anak murid Al-Amin…dan kini dia sedang menggerakkan penulisan MATAN di bawah unit Angkatan Dawah dan Latihan Ummah Sekolah (ANDALUS).;.;…membantu Abg Sarep dalam mentarbiyah anak-anak Al-Amin..Alhamdulillah..Bakat nt tu sudah dipraktikkan dan digunakan secara yang ma’ruf…Sekadar berlayar.. Wassalam.

  11. mmm,., coretan yang agak panas dan pedas,.,., terase plak bile bace,., respect plus proud biler bace post nie,., alhamdulillah,., ade gak kakak kiter kat al-amin yang amat2 mementingkan bahasa,.,

    *maaf atas penggunaan ‘short form’ dan bi dalam comment ini,., huhuhuhuhu,.,

  12. assalamualaikum…

    minta maaf ya menganggu…

    apa la kesan-kesan daripada kecelaruan bahasa ini dan apa langkah yang perlu d ambil bagi mengatasi masalah ini.

    Jangan marah ya kalau saya tanya soalan ini. kita perlu fham jugak keseluruhan tentang masalah ini dari dan mencari penyelesaian bagi mengelakkan perkara ini semakin berleluasa…

  13. salam sejahtera saudari,
    pada pendapat anda, apakah cara yang patut dilaksanakan supaya masalah kekhilafan bahasa Melayu ini dapat dibendung daripada terus berleluasa.

  14. sekarang saya sedang dalam usaha untuk membuat kerja kursus yang bertajuk”usaha memartabatkan bahasa melayu untuk generasi akan datang…bolehkah saudari membantu saya dalam memberikan beberapa isi yang bernas?terima kasih..

  15. Ingatlah, “bahasa jiwa bangsa. Rosak bahasa, rosaklah bangsa.”

    rosakkah en.syarip?

    di negara arab tiada satu tempat pun yang bercakap arab fushah 100%. anda kata mereka bangsa yang rosak kerana bahasa mereka? bahasa al-quran tuh… apa sangat la nak banding dengan bahasa melayu ni. cammon la..

    masalah bahasa melayu ni bukan masalah pokok. ianya hanya berdasarkan pendapat semata-mata. maksud rosak tu luas. ada yang kata begini, ada yang kata begitu. seeloknya dalam menyatakan pendirian, tak perlu nak jatuhkan orang.

    bagi saya tiada apa yang perlu dipertahankan untuk bahasa melayu. kita bukan hidup atas dasar ke’bangsa’an, tetapi hidup atas dasar Islam dan nilai ukhuwah.

    kita nak ubah cara orang menaip dalam ym dan sms? apa yg mereka dapat dan kita dapat? no point orang banjar kata. tidak mengubah akhlak, tidak mengubah sikap pemalas jadi rajin dan apa2 pun tak berubah.

    rasional utk short form? nama pun dah short form.. lu pikir la sendiri.

    en syarip selaku sahabat baik dunia akhirat saya, saya pun turut terkilan dengan artikel ini.


Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

Blog at WordPress.com.
Entries and comments feeds.

%d bloggers like this: