Remaja dan Realitinya

November 24, 2007 at 6:47 pm | Posted in Citra Kehidupan, Renungan | 2 Comments
Tags: , , ,

Assalamualaikum Warahmatullah…

Alhamdulillah, kali ini, dapat lagi kita bertemu dalam blog ini setelah berhari-hari menyepi. Kali ini, kita akan sama-sama menyelusuri lompong-lompong kosong yang wujud dalam masyarakat kita hari ini.

zulfiqar

Bilakah Islam akan bangkit daripada lena yang tidak berkesudahan?

Situasi

“Ustaz, bagaimana fahaman pluralisme itu boleh dipersetujui oleh masyarakat sedangkan idea yang dibawa olehnya amat bercelaru? Islam yang monotheis itu dikatakan benar, Kristian yang politheis pun dikatakan benar, takkanlah akal yang waras boleh menerima dua idea yang bertentangan ini, ustaz?” tanya seorang remaja yang berusia belasan tahun kepada seorang ustaz yang baru selesai memberi ceramahnya di sebuah surau.

“Awak yakin awak mahu tahu persoalan ini?” Tanya ustaz tersebut kepada remaja yang sedang berdiri di hadapannya itu. Dalam diam, remaja tersebut hanya mengangguk bagi menyatakan kemahuannya.

“Awak tidak kira persoalan ini terlalu awal untuk awak ketahui? Tidakkah persoalan ini terlalu berat untuk dihayati pelajar belasan tahun seperti awak ini? Persoalan ini bukannya boleh dibuat main-main. Tak sesuai untuk difikirkan oleh remaja semuda awak ini,” kalam ustaz tersebut terhenti di situ. Beliau terus berlalu meninggalkan remaja yang masih terkapai-kapai mencari kebenaran itu keseorangan.

Mencari Punca

Itu hanyalah situasi yang dipetik daripada kehidupan seharian. Entahlah mengapa, sejak akhir-akhir ini, situasi inilah yang menyelubungi kehidupan masyarakat kita hari ini. Mungkin ramai yang beranggapan bahawa remaja masih terlalu “muda” untuk memahami sesuatu isu yang dianggap “berat”. Anggapan ini sebenarnya amat tidak menguntungkan masyarakat, malah, tanggapan sedemikian akan menyebabkan remaja-remaja tidak mampu untuk berfikiran jauh akibat terlalu dimanjakan!

Hakikatnya, para remaja seperti kami ini tidaklah se”daif” yang disangka. Bukankah ramai antara tokoh-tokoh Islam zaman silam telah menempa nama mereka dalam sejarah seawal usia belasan tahun? Seawal usia 21 tahun, Sultan Muhammad al-Fateh telah berjaya membebaskan kota Constantinopel daripada cengkaman pihak kuffar setelah berhari-hari kepungan dilakukan. Tatkala usia beliau baru mencecah 22 tahun, Hassan al-Banna telah berjaya menubuhkan gerakan Ikhwanul Muslimin. Tidakkah ini menunjukkan bahawa insan-insan yang bergelar remaja ini mampu untuk memimpin dunia jika selalu didedahkan dengan ilmu pengetahuan?

Akibatnya

Secara peribadinya, ana berpendapat bahawa situasi yang wujud dalam masyarakat kita hari ini perlu diperbaiki. Jika dibiarkan berterusan, situasi ini akan menyebabkan kerosakan yang teruk kepada masyarakat. Pepatah Arab pernah menyatakan bahawa,”Iza fasadal syabab, fasadal ummah.” (Dalam Bahasa Melayu ,”apabila rosaknya remaja, rosaklah bangsa”)

Pada hari ini, para remaja terus dianggap tidak bersedia untuk mendalami dan mengetahui persoalan-persoalan yang difikirkan oleh orang dewasa, akibatnya, apabila tiba masa-masa genting yang memerlukan bekalan ilmu, mereka masih tidak bersedia sama sekali. Malah, lebih mengharukan, generasi muda ini akan terkejut dan kalah dengan suasana sekeliling yang sentiasa mencengkam. Mereka telah menjadi mangsa keadaan. Lihat sahaja hari ini, kerana kurangnya bekalan ilmu pengetahuan, remaja kita mudah terjebak dalam kancah-kancah maksiat – penyalahgunaan dadah, seks bebas, murtad, jenayah, dan sebagainya.

Sepatutnya, persepsi masyarakat hari ini, khusunya golongan yang telah berumur dan berpengalaman, perlulah diubah. Usahlah kalian memandang remeh terhadap kami ini, insan yang masih bergelar remaja! Sebenarnya, dalam dunia yang semakin mencabar ini, kami amat memerlukan insan-insan seperti kalian bagi membantu kami mencorakkan kehidupan ini. Segala bimbingan dan tunjuk ajar kalian akan dapat meluaskan pemikiran kami yang selama ini berada dalam kesempitan yang nyata.

Buat sahabat-sahabat seusia denganku sekalian, jangan kalian terpesona dengan nikmat kehidupan dunia yang singkat ini. Usahlah kalian leka dalam dunia hedonisme yang memabukkan, novel-novel picisan bertemakan cinta yang melekakan, televisyen yang sentiasa melalaikan, dan sebagainya yang bakal melemahkan akal kita dalam mencari kebenaran. Jangan kalian asyik mengatakan bahawa isu-isu yang dianggap “dewasa” ini seperti pluralisme, liberalisme, sekularisme, dan sebagainya yang kian membelit ummah ini sebagai suatu yang tidak perlu dibicarakan! Isu ini sebenarnya amat besar dan penting bagi kita agar kita tidak semudah itu untuk disesatkan dan dipesongkan kepercayaan.

Bangkitlah wahai saudara-saudaraku! Ummah memerlukan kita!

Sekian,

Wassalam.

p/s: Andai ada yang tak kena di mata, tak sedap dibaca dalam tulisan ini, ana amat berharap agar kalian boleh meluahkannya dalam ruang komen yang disediakan supaya sesi perbincangan dapat dilanjutkan. Syukran Jazilan.

2 Comments »

RSS feed for comments on this post. TrackBack URI

  1. Salam!
    Bertemu lagi kita…

    Memang tidak dapat dinafikan ada segolongan orang “dewasa” kita yang tidak@ sengaja tidak mahu menjawab yang yang terbuku@membelenggu remaja kita. Bagi mereka, persoalan2 ruwet tidak perlu difikirkan oleh remaja. Cukuplah sekadar pergi bersekolah dan tuisyen, menumpukan sepenuh perhatian pada UPSR,PMR, dan SPM – semoga berjaya menjadi “seseorang” pada kemudian hari. Justeru, tidak hairan mengapa ramai remaja kita yang sesat dibelit oleh pelbagai jarum dan bedil yang dihadiahkan oleh para musuh Islam. Keadaan memang menyesakkan dada kini – dengan golongan yang dirasakan mampu membimbing tidak mahu menyatakan yang betul atau sekadar berlepas tangan, ditambah dengan peranan yang dimainkan oleh para pengamal media, remaja Islam kini bukan sekadar dilalaikan malah kini semakin disesatkan dengan pelbagai anutan agama baru – Islam liberal, progresif, kontemporari,pragmatik, dan sejuta nama yang kononnya membawa umat ke arah kebahagiaan dunia dan diredhai Allah.

    Buat enti, jangan patah kandar, putus asa, dan bersedih dengan hakikat kewujudan golongan ‘elit’ yang tidak mahu menyatakan yang betul. Sesungguhnya usaha ke arah kebaikan itu terlalu berliku dan jalannya dengan penuh dugaan. Belajarlah, bergurulah, dan carilah ilmu dengan panduan dari Allah Ta’ala. Buat para da’ie, guru, ustaz, ulama, hukama’, dan sesiapa yang berasa mempunyai tanggungjawab sosial, nyatakanlah kebenaran, bukalah ruang pertanyaan, permudahkanlah persoalan, jawablah sebarang pertanyaan- tanpa ada sebarang cekatan, halangan, jelak, jemu, dan sebarang protokol yang membosankan – sesungguhnya umat Islam kini semakin keliru dan bercelaru dengan pelbagai jenama Islam yang menyesatkan. Semoga Islam kembali dan terus gemilang di seluruh alam! Allah Hu Akbar!

  2. Waalaikumussalam Warahmatullah…
    Syukran Jazilan atas keprihatinan yang ustaz tunjukkan. InsyaAllah, dalam usaha untuk menuntut ilmu, mana boleh jemu-jemu kan? Cuma, yang ana kesalkan ialah sikap sebahagian besar golongan cendekiawan (tidak semua) yang seolah-olah memandang rendah kepada para remaja seperti ana.

    Semoga kita semua akan bangkit daripada lena yang tak berkesudahan ini. Perlu diingatkan, kadang-kadang, tenaga pemuda ini lebih kuat dan bermakna daripada tenaga mereka yang sudah tua jika dimanfaatkan sebaik-baiknya!

    Wassalam.


Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

Create a free website or blog at WordPress.com.
Entries and comments feeds.

%d bloggers like this: