Majlis Takrim SRIAAG 2007

November 20, 2007 at 4:12 pm | Posted in Citra Kehidupan, Renungan, Sekolahku | 1 Comment
Tags: , , ,

Assalamualaikum…

Alhamdulillah, hari ini, Allah masih lagi memberi kesempatan kepadaku untuk meng”update” blog ini setelah berhari-hari menyepi. Almaklumlah, sejak kebelakangan ini, aku agak sibuk dengan aktiviti harian – tahfiz, belajar prinsip akaun dan matematik tambahan (isy, ni puas kena paksa baru berjalan), persediaan untuk kelas tahfiz keesokan harinya, dan bermacam-macam lagi. Semuanya memerlukan ketekunan!

Baru-baru ini, aku telah pergi ke Majlis Takrim SRIAAG yang bertempat di Sekolah Taman Ilmu dan Budi (SETIA BUDI). Di samping dapat meraikan kejayaan adikku mendapat tempat pertama dalam kelasnya, 4 Salman (tempat kedua keseluruhan), aku juga dapat merapatkan hubunganku dengan guru-guru SRIAAG yang sememangnya sudah lama tidak kujumpa. (Aik, menipulah! Jarak antara sekolah menengah dengan sekolah rendah hanya sejengkal, tak kanlah tak boleh jumpa! Tapi, itulah hakikatnya yang aku sendiri tidak tahu apa sebabnya. Sememangnya kita berjiran, namun jurang yang wujud amatlah besar, seakan-akan ada tembok pemisah antara kedua-dua buah sekolah! Selain itu, aku juga pelik dengan sikap sebahagian daripada sahabat-sahabat seangkatan denganku yang sudah mula kurang menghormati warga sekolah rendah. Bukankah itu tempatnya kita ditarbiah? Bukankah para muallim dan muallimah itulah yang telah bersusah payah menarbiah kita agar ad-deen yang tercinta dapat dikenali? Jadi, mengapakah kalian bersikap sedemikian. Mereka tetap seorang insan yang telah banyak berjasa kepada kita. Ayuh, ubahlah sikap kita bersama! Rapatkanlah semula jurang yang telah mula melebar ini.)

Takrim

Indahnya saat ketika masih bergelar pelajar sekolah rendah. Buat kalian, manfaatkanlah segala ilmu yang dipelajari. Jadikan ia panduan hidup.

 

Tatkala majlis tersebut sedang berjalan, aku kembali terkenang saat-saat manisku ketika bergelar pelajar sekolah rendah. Betapa bahagianya saat itu – tidak ada pelajaran yang membebankan, tidak banyak tanggungjawab yang perlu dilangsaikan, tidak ada banyak perkara untuk difikirkan, semuanya indah dan mudah untuk dilaksanakan. Ketika aku melihat para muallim dan muallimah yang sedang sibuk melayan karenah anak-anak murid mereka yang masih mentah ini, aku tersenyum sendirian. Jauh di sudut hatiku, aku benar-benar berterima kasih terhadap mereka. Insan-insan ini telah banyak berjasa kepadaku. Kalianlah insan yang berusaha memahamkanku tentang aqidah yang hak tatkala aku masih terkapai-kapai dalam lautan kejahilan. Syukran jazilan atas segalanya. Barakallahu Fi Kum.

Di sini, aklu sertakan beberapa keping gambar yang sempat kuambil tatkala Majlis Takrim SRIAAG 2007 berlangsung.

Dikir Barat


Persembahan Dikir Barat oleh pelajar-pelajar tahap dua. Persembahan ini dibimbing oleh Mlmh Isyamela Ismail dan Mlmh Zaleha Daud.

Guru-guru

Para muallimah yang begitu komited bagi menjayakan majlis ini.

 

dsc06358_e.jpg

Tahniah atas kejayaan anda mendapat tempat pertama bagi kelas 4 Salman dan pencapaian terbaik bagi matapelajaran ICT. Teruskan usaha bagi memburu kejayaan yang lebih gemilang pada masa akan datang.

 

Semoga SRIAAG akan terus berjaya dalam merealisasikan misinya melahirkan pelajar Soleh Wa Musleh.

Buat pelajar SMIAAG yang berasal dari SRIAAG, muhasabahlah sikap kita terhadap guru-guru kita yang telah banyak berjasa kepada kita ini. Hormatkah kita akan mereka?

Sekian,

Wassalam.

1 Comment »

RSS feed for comments on this post. TrackBack URI

  1. Assalamualaikum wbrt

    Melihatkan pentas yang cantik dihias dan menikmati persembahan yang dibuat, kita boleh bayangkan betapa besarnya sumbangan muallimah dan muallim kepada anak-anak dan sekolah al-Amin. Ia timbul daripada keikhlasan hati, mahu merealisasikan visi membimbing anak-anak al-Amin menjadi anak-anak yang Soleh Wa Musleh. Semoga Allah memberkati usaha-usaha mereka dan membalas mereka dengan pahala yang berlipat ganda, ameen!

    Abah juga terpegun mendengar ucapan Tuan Pengetua, Ust Zubir. Ia menggambarkan seorang ketua yang berkaliber dan bervisi tinggi. Insya-Allah, Ust Zubir, kita doakan bersama agar al-Amin akan mendapat infrastruktur sebaik Setia Budi nanti. Rezeki ditentukan tuhan. Lantaklah walaupun ada VIP yang gelak bila Ust Zubir sebut tentang perkara ini. (Abah duduk tak jauh di belakang VIP tu. Ikutkan hati, rasa nak ketuk je kepala dia biar dia sedar sikit. Daripada gelak begitu, dia patut ucap “insya-Allah” dengan keras, bersemangat.)

    Abah duduk sebelah pensyarah abah semasa buat MBA kat UIAM dua tahun lepas. Bila Ust Zubir sebut “Islamisasi” abah tersentak sebab pensyarah abah nilah yang bagi kami satu soalan mengenai “Islamisasi” masa final exam dulu. Dia tersengih saja bila abah sebut kat dia begitu.

    Ucapan Ust Mohd Kamil, tetamu kehormat, juga menikam hati. Abah pasti, ucapannya datang daripada hati yang ikhlas, daripada seorang yang betul-betul menghargai pengorbanan guru dan memandang tinggi institusi pengajian berteraskan Islam seperti al-Amin ini. Moga beliau menjadi ikutan pentadbir-pentadbir lain di negara ini, insya-Allah.

    Wassalam.


Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

Blog at WordPress.com.
Entries and comments feeds.

%d bloggers like this: