Jawapan Pihak Sekolah Mengenai Isu PMRI

November 9, 2007 at 10:01 am | Posted in Renungan, Sekolahku | 2 Comments

Assalamualaikum!

Setelah beberapa hari aku tidak dapat ketemu kalian dalam blog ini, Alhamdulillah, Allah masih lagi memberi aku kesempatan untuk terus mengupdate blog ini. InsyaAllah, pada hari ini, aku akan mengutarakan jawapan yang telah diberikan oleh wakil pihak sekolah, Cikgu Alia serta komentar yang telah kuberikan mengenai post ku seminggu yang lalu, PMRI Diabaikan?

Jawapan Cikgu Alia:

Assalamualaikum,
Cikgu terpanggil untuk memberi komen pada apa yang telah enti tulis. Hanya untuk menjelaskan beberapa perkara kerana cikgu rasa, dari perspektif enti, enti mungkin tidak tahu apa perkara yang sebenar telah berlaku dari perspektif sekolah .
Untuk menyatakan yang PMRI telah tidak diurus/dirancang dengan teliti oleh pihak sekolah adalah kurang tepat. Enti ingat lagi tak bagaimana sekolah telah pun mengadakan PUI PMRI sejak dari awal tahun lagi? Pihak sekolah telah merancang semuanya dari awal lagi. Dan kami sangat mementingkan peperiksaan ini sehinggakan sesiapa yang tidak lulus PMRI, mereka tidak boleh menyambung ke Ting 4 di Al Amin! Berbanding jika mereka gagal subjek lain….

Perubahan jadual PMRI pada saat akhir ialah kerana sekolah hendak memastikan kehadiran maksimum pelajar Ting 3. Walau pun enti dan ramai lagi yang sangat mengambil berat dan hendak hadir, ramai lagi yang buat tak kisah dan memberitahu malas nak hadir. Jadi kami ubah jadual tersebut.
Tentang kertas jawapan yang tiada logo Al Amin tu, memang kebetulan kertas itu dah habis dan walau pun oder telah dibuat awal, pihak printing masih lambat menghantarnya ke sekolah. Peperiksaan F4 pun terpaksa menggunakan kertas biasa sebagai sebahagian kertas jawapan mereka. Pihak sekolah memohon maaf sekiranya perkara ini mengecewakan enti dan rakan2.
Cuma cikgu hairan mengapa pelajar tidak kisah dengan PUI PMRI sedangkan mereka tahu kepentingan peperiksaan ini. Adakah ibu bapa juga tidak peduli?

Cikgu akui, memang kita tidak menyediakan program khusus untuk pelajar T3 selepas PMR. Tahun2 lepas biasanya KKT3 ada program untuk T3 seperti pergi riadhah atau trip. Mungkin di tahun hadapan kami boleh merancang dengan lebih baik untuk T3. Cikgu ingat kalau tak silap last year lepas PMR masih puasa jadi pelajar terus cuti untuk raya.
Sebenarnya this year pun sekolah membenarkan pelajar terus bercuti. Kelonggaran diberi kerana F3 ada program hari perpisahan T5. Ada juuga pelajar yang merayu untuk datang juga kerana tidak seronok duduk seorang di rumah, jadi sekolah benarkan dengan syarat mereka ikut peraturan sekolah. Walau pun dah diingatkan, masih ada pelajar yang melanggar peraturan. Yang hadir berpakaian biasa tu, cuma sehari saja waktu mereka hendak pergi ke Ampang point bermain futsal. Cikgu tak benarkan mereka pakai uniform takut mereka ditangkap pulak bila keluar sekolah.

Akhir kata, cikgu harap sedikit sebanyak enti dapat penjelasan tentang perkara yang sebenar. Terima kasih atas luahan yang sebenarnya amat berguna bagi diri cikgu di peringkat pengurusan sekolah, agar dapat kita sama-sama perbaiki untuk kemajuan Al Amin sekarang dan akan datang, insyaAllah.

Wassalam,
Cgu Alia

Komentar Ana Mukminah!:

Waalaikumussalam Warahmatullah.
Alhamdulillah, akhirnya ada juga wakil daripada pihak sekolah yang tampil memberikan jawapan terhadap tulisan ini setelah hampir seminggu (6 hari sebenarnya) makalah ini dipublishkan. Syukran Jazilan ya Cikgu Alia kerana jawapan yang cikgu berikan. Sebenarnya, inilah yang ana hendak dengar-jawapan bertulis daripada pihak sekolah bagi menjelaskan keadaan yang berlaku. Memang ana akui, ana tidak tahu perkara sebenar yang berlaku kepada pihak sekolah, namun sebagai pelajar, ana hanya mengatakan apa yang telah berlaku berdasarkan perspektif ana-seorang pelajar yang sememangnya tidak tahu masalah dalaman sekolah. (Ye la, sebagai pelajar, apalah hak ana nak tahu masalah dalaman sekolah!)

Berkaitan PUI PMRI yang diadakan sejak awal tahun, memang masih segar di ingatan ana. Namun, kelas PUI yang diadakan sejam selepas solat Jumaat itu sebenarnya boleh juga ana katakan tak dirancang dengan baik. Sebenarnya, sepanjang tempoh PUI sejam tersebut, masih ada guru yang tidak boleh hadir ke kelas tersebut, dan secara automatik, kelas tersebut telah dibatalkan begitu sahaja. Tetapi, situasi ini tidak berlaku dengan kerap sehingga menjejaskan prestasi pelajar. Oleh sebab itu, ana rasa tak sesuai kalau ana nak masukkan sekali dalam tulisan kali ini. Tapi, secara keseluruhannya, sememangnya kelas PUI selama sejam yang dijalankan atas permintaan dan kelolaan pihak Kelab Kelas Tingkatan Tiga itu amat membantu kami untuk menghabiskan silibus PMRI yang sememangnya berlambak itu, terutamanya bagi subjek Tasawwur Islami.

Namun, ironinya, kelas PUI pada hari Jumaat ini hanya diadakan untuk subjek Tajwid, Tasawwur, dan Bahasa Arab sahaja. Bagaimana pula dengan al-Quran? (Hafazan dan Tilawah) Bukankah kedua-dua subjek ini termasuk dalam silibus PMRI juga? Bukankah subjek-subjek ini juga sama pentingnya dengan subjek-subjek yang lain? Mengapa kedua-dua subjek ini dipinggirkan daripada PUI? Bukankah tidak wajar tindakan kita meminggirkan kedua-dua subjek yang amat penting ini? (Bagi ana, kedua-dua subjek ini amat penting kerana ia berkaitan dengan Kalamullah.) Impaknya dapat kita saksikan sekarang. Masih ramai (bukan semua) pelajar tingkatan tiga yang tidak dapat menguasai kehendak silibus hafazan yang telah ditetapkan oleh pihak sekolah, tidak kiralah sama ada pelajar tersebut mengikuti kelas tilawah ataupun kelas hafazan. Sewajarnya, pihak sekolah perlulah meniti kembali tindakan mereka menyusun program PUI PMRI untuk pelajar-pelajar tingkatan 3. Jangan sampai ada pelajaran yang tak diambil perhatian langsung oleh pihak sekolah. Sebenarnya, agak memalukan bagi pelajar al-Amin yang telah tiga tahun ditarbiah di sini, namun masih tidak lancar membaca juzu’ 30 dan surah-surah pilihan.
InsyaAllah, ana akan menyambung lagi koman yang tergantung ini pada sebelah malam nanti.

Jawapan Cikgu Alia:

Assalamualaikum,
Memang betul kata enti yang Al Quran tidak boleh dipinggirkan. Cikgu sangat setuju. Namun masa yang terhad di sekolah menghadkan kemampuan kita untuk memasukkan semua di dalam PUI.
Hafazan dan Tilawatul Quran sepatutnya pelajar Al Amin teruskan di rumah mengulangkaji setiap hari. Tidak kiralah untuk peperiksaan atau tidak. Cikgu rasa di sini pelajar Al Amin mesti mendisiplinkan diri untuk membaca dan menghafal setiap hari dengan pantauan ibu bapa. Kita tidak boleh mengharapkan semuanya berlaku di sekolah dengan bantuan guru. Malangnya Al Quran rata-rata dipandang sepi dan dianggap tidak penting oleh pelajar. Guru-guru hanya boleh mengingatkan sahaja. Cikgu selalu berpesan kepada anak usrah membaca Al Quran setiap hari terutamanya selepas solat Maghrib sementara menunggu Isya’. Jika amalan ini dilakukan oleh setiap pelajar Al Amin, cikgu tak nampak ada masalah dalam subjek ini.
Anak-anak cikgu, memang cikgu pastikan membaca dan menghafal setiap hari. Selepas Al Quran barulah boleh buat homework dan kerja lain.
Cukup menyedihkan bila pelajar Al Amin tiada kesedaran ini.
Cikgu amat berharap ibu bapa memberi sokongan kepada anak-anak dan memastikan mereka mementingkannya. Bukan akademik sahaja..

Wassalam

Komentar Ana Mukminah!:

Syukran Jazilan kepada Cikgu Alia atas keprihatinan beliau untuk lagi sekali tampil ke hadapan bagi menjelaskan keadaan. Sebagai seorang pelajar, ana amat hargai keprihatinan dan keterbukaan Cikgu ini. Alhamdulillah, di sebalik kekalutan yang melanda institusi keguruan hari ini, masih ada lagi insan-insan seperti cikgu yang sememangnya sangat komited dalam usaha untuk memperkasakan sistem pendidikan yang diguna pakai oleh al-Amin. Syabas dan tahniah ana ucapkan. Semoga cikgu dapat terus beristiqamah dengan sikap cikgu ini. Sebenarnya, sikap terbuka kita terhadap sesuatu isu dan masalah akan menyebabkan organisasi yang ditadbir akan bertambah matang.

Secara jujurnya, ana tak menafikan bahawa sebenarnya kita kekurangan masa untuk memasukkan subjek hafazan dan tilawah ke dalam PUI. Sememangnya, sembilan jam yang diperuntukkan kepada anak-anak di sekolah ini amatlah singkat. Oleh itu, ana berharap agar saranan Cikgu Alia yang mengharapkan para ibu bapa memantau perkembangan tahap hafalan dan tilawah anak-anak di rumah ini tidak terus dipandang sepi oleh semua ibu bapa. Dengan adanya pertolongan ibu bapa untuk “menengok-nengokkan” prestasi al-Quran anak-anak di rumah, insyaAllah, masalah ini tidak akan berlaku. Sememangnya kita tidak boleh mengharapkan semuanya berlaku di sekolah dengan bimbingan guru. Namun, sebagai seorang pelajar, ana berharap agar pihak sekolah dapat membuat satu program bagi memastikan pelajar-pelajar al-Amin terus membuat hafazan serta tilawah di rumah, meskipun tatkala itu musim cuti sekolah. Dalam hal ini, ana amat berharap agar pihak SMIAA boleh mengambil sistem yang diamalkan oleh SRIAAG (mengedarkan kad-kad pemantapan hafazan kepada setiap pelajar menjelang musim cuti sekolah untuk diserahkan kepada ibu bapa. Melalui sistem ini, anak-anak akan dipaksa mengulang bacaan hafazan mereka di rumah setiap hari. Selepas itu, ibu bapa akan menanda tangani kad tersebut sebagai pengakuan bahawa mereka telah mendengar atau melihat anak-anak mereka mengulang al-Quran di rumah pada musim cuti. Kad-kad ini akan diserahkan kepada guru-guru al-Quran mereka sebaik-baik sahaja sekolah dibuka semula.) InsyaAllah, usaha ini, (walaupun tidak akan dipatuhi sepenuhnya oleh para pelajar), akan “menampakkan” kepada ibu bapa bahawa pihak sekolah amat menitik beratkan pendidikan al-Quran ini. Secara keseluruhannya, sebenarnya, dalam usaha untuk melihat anak-anak membesar menjadi seorang insan yang soleh wa musleh, semua pihak perlu berganding bahu membentuknya. Jangan kita meninggalkan tanggungjawab ini untuk dilangsaikan oleh pihak sekolah semata-mata!

Tentang jadual peperiksaan yang berubah-ubah itu, mungkin ana boleh menerima sebab yang telah cikgu utarakan. Cuma, ana agak terkilan kerana perubahan tersebut betul-betul dilaksanakan pada saat akhir. Namun, ana berharap agar tahun depan, jadual PMRI akan dapat dicetak serta diberikan kepada setiap pelajar supaya tak timbul kecelaruan tentang jadual peperiksaan. Dengan cara ini juga, ibu bapa tidak perlu tertanya-tanya tentang jadual peperiksaan tersebut.

Mengenai kertas jawapan yang tidak rasmi tersebut, ana dapat memahami sebab yang telah cikgu beri. Memang kadang-kadang perkara-perkara sebegini berlaku di luar jangkaan kita. (Mungkin dalam hal ini, pihak sekolah perlu lebih kerap membuat “follow up” dengan pehak berkenaan.) Namun, ana berharap agar masalah ini tidak lagi berulang dalam sejarah al-Amin, tidak kiralah untuk peperiksaan biasa ataupun peperiksaan-peperiksaan yang agak “grand” bagi al-Amin seperti peperiksaan PMRI ini kerana masalah ini akan menimbulkan andaian bahawa al-Amin seolah-olah tidak mengambil berat terhadap peperiksaan.

Secara keseluruhannya, ana amat berterima kasih kepada sesiapa yang telah mengambil serius isu yang telah ana bangkitkan ini. Ana juga berhasrat untuk meminta maaf kepada semua pembaca blog ini andai tulisan-tulisan yang telah ana nukilkan menyebabkan ada antara kalian yang terasa, tersinggung, terkecil hati, dan sebagainya. Perlu ana tegaskan, sebenarnya antara kita semua, matlamat yang dituju semuanya sama – melahirkan generasi yang soleh wa musleh, cuma cara yang digunakan sahaja berbeza. Abaikanlah perbezaan cara yang digunakan, cuma pastikan agar matlamat yang dituju akan berjaya dicapai. Jadi, janganlah kerana isu yang ana bangkitkan ini menyebabkan kita berpecah-pecah serta saling salah-menyalah, namun jadikanlah tulisan ini sebagai muhasabah, seterusnya memangkinkan kita untuk menuju ke jalan islah!

Sekian,

Wassalam.

2 Comments »

RSS feed for comments on this post. TrackBack URI

  1. salam..

    ana sgt tertarik dgn corak penulisan nti..yg pandai mengolah serta mengawal mood para pembaca..mula2 memuji para pembalas..kemudian mengutarakan isu2..kemudian memberikan cadangan untuk penyelesaian..kemudian memohon maaf..cantik sekali!!!jarang ana dpt membaca rentak penulisan spt ini dikalangan umur yg spt nti..

    slps membaca beberapa perihal yg diperbincangkan..mungkin ana xterasa utk reply atau menjawab persoalan2 yg diajukan..kerana ana bukanlah dr bahagian jabatan yang mampu memberikan kepuasan dlm jwpn utk nti..tp ana rase terpanggil utk menulis kerana resahan nti serta rasa peduli nti terhadap sekolah..walaupun cikgu Alia sudah pon memberikan penjelasan..tetapi..penjelasan itu masih tidak memuaskan..mana tidaknya..perkara yang sudah berlaku kemudian diungkit2kan..sudah pastilah tidak puashati..ana juga pernah menjadi pelajar sekolah al-Amin ni..ana dulu pon pernah ade perasaan “rebel” dlm hati ana terhadap sekolah..segala macam kekurangan itu terlalu jelas di hadapan mata ana..dan apabila diperjelaskan tentang permasalahan yg berlaku itu..bg ana ketika itu..itu sume hanyalah mahu menutup kesalahan sahaja..

    tetapi setelah ana sendiri berada dlm kalangan org yg berkhidmat di al-Amin ini..sememangnya ana sedar segala macam kekurangan itu menjadi tanggungjawab kami utk kami atasinya..masalah yg berlaku walaupun pd saat2 akhir..tetapi kami cuba untuk hadapi serta mengatasinya dengan sesegera mungkin..dan yg terbaik juga utk ntum..tp apa kan daya..itu sahaja usaha yg kami dapat lakukan..

    mungkin dlm tulisan ana ini..ana xdpt menjawab sebarang persoalan yg nti ajukan..kerana ana rase..segala jawapan dari cikgu Alia cukuplah untuk menjawab segala2nya..dan ana hanya ingin menulis tentang beberapa perkara drpd nukilan nti ini..antaranya..mengenai al-Quran dan juga PMRI..

    adalah menjadi cabaran pada pihak sekolah untuk kami memupuk semangat serta cintakan pada al-Quran di hati para pelajar al-Amin..usaha yang dilakukan oleh SRIAAG itu adalah suatu usaha yg sgt terpuji..dan bukanlah kerana kami tidak membuat seperti itu, maka kami dikatakan sbg org yg berusaha utk tekankn al-Quran pd para pelajar..sekolah kita ini sangat dekat dengan unsur2 materialistik..duniawi..mane xnyer..jalan skit..naik teksi..naik LRT..sampai KLCC..pegi bandar..pegi sane-sini..hati warga al-Amin telah diancam dgn penyakit cintakan dunia..sememangnya suatu cabaran yg tinggi buat kami utk membersihkan anak2 al-Amin dari permasalahan ini..apa yg kami mampu buat??kelas al-Quran serta menjadikannya silibus yg utama di dalam PMRI..jika hati2 para pelajar ini tidak ditawan dgn al-Quran..maka..dunialah pilihan mrk..ada yg jenis..sehari xdpt berjumpa dgn komuter..xaman hidupnya..ada pula yg rase xaman jika dlm satu hari..hp nya tidak berbunyi langsung..masalah ttg solat pun pelajar al-Amin masih xsetel..byk lagi perkara yg perlu kami lakukan pd ntum..ttp..berapa ramai jer yg tersedar drpd apa yg kami usahakan..

    ketiadaan org spt nti inilah yg melambatkan kami utk menyedarkan para pelajar ttg hakikat kepentingan al-Quran dlm cara hidup mrk..

    ttg PMRI..ana ingat lagi..ketika zmn ana..subject di dlm silibus PMRI mmg sgt menarik..sudah semestinya zaman ana tidak sama dgn zaman nti..dan ana sendiri berpendapat ttg silibus tasawwur islami itu terdapat kelemahan dari segi penyusunan tajuk dan juga fokus pd topik2 tersebut..dan ana juga menyesali mengenai perkara ini..mungkin topik2 ini jika dijadikan ia lbh menarik..mungkin dpt menarik minat ntum sume utk belajar dgn lbh fokus lagi..mudah2an..perkara ini dpt diatasi dgn segera..krn ana juga xmampu melakukan sebarang tindakan mengenai hal ini..melainkan jika ada para pelajar yg ingin mengetahui lbh lanjut..dia akan bertanya terus pada ana..spt yg dilakukan oleh sebahagian pelajar banin..

    setakat ini shj penulisan ana kali ini..mungkin ada berbau menghentam tulisan nti yg sblm ini..tetapi ana xberniat memandang rendah pd nti..malah tidak pula berniat ingin mencaci atau memaki-hamun pd tulisan2 nti yg sblm ini..ana sgt bersyukur pd Allah Taala krn dpt melihat tulisan2 nti ini yg sedikit sebanyak dpt membuka mata oleh pihak2 tertentu dan tentu sekali ana juga..segala idea dan kritikan nti ini ana amat hargai serta menjadi azimat utk ana agar dapat berkhidmat di al-Amin dgn lbh baik lagi utk Allah kpd warga al-Amin terutamanya para pelajar..doakanlah kami agar terus thabat dlm usaha kami serta perjuangan kami untuk membina insan2 soleh wa musleh spt nti ini kelak..krn ntum lah yg akan menjadi saksi kami di Hari Akhirat kelak bahawa ntum adalah hasil didikan serta usaha dakwah kami utk Allah semata2..bukanlah kami tidak membuat apa2 pon..

    sekian shj drpd ana..ana memohon maaf sekiranya tulisan ana ini tidak dapat diterima oleh nti ataupun para pembaca yg lain..mungkin bhs yg digunakan agak kasar ataupon sindiran2 yg sgt pedas..ana berharap..segala kekurangan yg ana lakukan ini tidak diulangi pada masa akan dtg..

    terima kasih di atas tulisan nti sblmni..dan juga memberi peluang untuk ana menulis juga di sini..sekian..terima kasih sekali lagi..

    wassalam..

  2. […] oleh pihak SMIAAG dipolimikkan oleh pelbagai pihak di ruang maya ini (PMRI Diabaikan? dan Jawapan Pihak Sekolah Mengenai Isu PMRI), aku masih gagal melihat keberkesanannya. Keadaan tetap tidak berubah! Sehingga kini, aku masih […]


Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

Create a free website or blog at WordPress.com.
Entries and comments feeds.

%d bloggers like this: