Aidilfitri Mengeratkan Masyarakat Bandar

November 5, 2007 at 6:03 pm | Posted in Citra Kehidupan, Usrati | 3 Comments

Salam semua,

Makan-makan

Di Ruang Tamu

Sebelum kita berbicara lebih lanjut, aku ingin meminta maaf kepada kalian kerana, semalam aku tidak dapat meluangkan masaku untuk meng”update” blogku ini. Almaklumlah, setelah seharian puas beraya sakan, badan pun mula kelelahan. Akibatnya, semalam malam, aku asyik terlantar kepenatan di atas katil.

Semalam, aku dan Een telah pergi beraya ke rumah guru disiplin kami yang terletak di Taman Ehsan. Seperti yang telah dirancang, aku dan Een akan di “pos” terlebih dahulu ke rumah ustaz berkenaan pada waktu pagi untuk rewang-rewang sebelum kaum kerabat kami datang berziarah ke tempat yang sama pada sebelah tengah hari. (Eh, rewang? Agak memelikkan untuk insan yang ganas wa “brutal” macam kami ni hendak masuk dapur. Nanti, terbalik semua. Hehehe… Tapi, sebenarnya, kami pergi ke rumah ustaz pagi-pagi tu bukan rewang sangat pon. Lepak-lepak je lebih. Macam mana nak rewang, semuanya telah siap tersedia. Hanya tunggu untuk dimakan sahaja. Syukran banyak-banyak untuk semua pengorbanan ustaz wa isteri dalam menyambut ziarah kami pada hari itu. Maaflah banyak-banyak andai ziarah kami tempoh hari banyak menyusahkan kehidupan anda berdua.)

Sepatutnya, berpandukan apa yang telah dirancang, aku dan Een akan bertolak ke rumah ustaz lebih awal. (Huhu, kalau ikut perancangan Een, lepas Subuh jangan tidur. Kita terus “serbu” rumah ustaz!) Namun, keadaan yang sebaliknya berlaku. Seperti biasa, aku yang sentiasa akur akan kehendak Een telah menantinya di rumah semenjak pukul lapan pagi lagi. Puas kunanti, namun, setelah hampir pukul sembilan setengah, Een masih tak muncul-muncul. Puas kuhubungi sahabatku itu, namun usahaku sia-sia belaka. Telefon bimbitnya kehabisan bateri!

Setelah puas kutunggu-tunggu, aku telah mengambil keputusan untuk ke pasar tani yang terletak berhampiran dengan rumahku bersama dengan si Azhari. Di pasar tani tersebut, kami telah membeli dua batang lemang (huh, sepanjang perjalanan di pasar tani yang sentiasa penuh dengan pelbagai jenis manusia itu, puas sudah si kenit ni bermain dengan lemang tersebut. Katanya, best. Boleh buat jadi senapang!) dan beberapa jenis buah untuk di bawa ke rumah ustaz sebagai buah tangan. Dalam perjalanan pulang daripada pasar tani tersebut, adikku telah menyuruhku untuk membelikannya keropok lekor sebagai “upah” menemaniku ke pasar. Sebagai kakak yang baik, aku pun menuruti kehendaknya itu. Setibanya di rumah, aku mendapat tahu bahawa Een masih belum sampai. Geram betul aku dengannya ketika itu. Alhamdulillah, selang beberapa minit kemudian, Een muncul di hadapan pintu rumahku dengan jari telunjuk di tangan kirinya berbalut kapas. Aku benar-benar hairan dengan keadaan jarinya itu. Setelah kuselidiki, rupa-rupanya sahabatku itu telah tersepit pintu. (Kesiannya… Syafakillah)

Tanpa berlengah, kami pun terus bergegas ke rumah ustaz. (Ye la, kan dah lambat. Mana boleh berlengah-lengah lagi?) Setelah beberapa kali tersesat di sekitar Taman Ehsan tersebut, Alhamdulillah, dapat juga kami ketemu rumah ustaz. (Almaklumlah, kami memang kurang arif dengan taman-taman perumahan di sekitar Selayang ini.) Setibanya di rumah ustaz, aku berasa amat canggung. (Bukan apa, namun, itulah perangaiku ketika baru-baru tiba di rumah orang. Tapi, sikap “sopan” yang dibuat-buat itu tidak lama, selepas sepuluh minit, tindak tandukku akan bertukar normal-ganas dan “brutal”. Itulah diriku yang sebenarnya. Tak akan berubah walaupun puas kuberlakon!)

Sepanjang di rumah ustaz, banyak perkara yang telah aku bualkan bersama. Antara topik yang paling hangat kami bualkan ialah tentang masalah ummah yang kian membarah. Sambil berbual, aku sibuk menghabiskan keropok lekorku yang kubeli sebentar tadi di pasar. Tanpa aku sedar, belum habis lagi kami berbual, keropok lekor tersebut telah habis licin. Isy, dahsyatnya aku makan! Pada pemerhatianku, sepanjang kami “rewang” di rumah ustaz, aku lebih banyak berbual dan “menyelongkar” bilik ustaz, manakala Een dan Azhari sibuk menonton televisyen. (Maklumlah, rumah ustaz kan ada Astro. Budak-budak ni pula, memang terkenal jakun dengan Astro. Maaflah banyak-banyak andai kehadiran kami ini telah meninggikan bil eletrik ustaz ye!)

Lebih kurang pukul dua tengah hari, keluargaku dan keluarga Een telah sampai ke rumah ustaz. Keadaan ziarah kurasakan begitu ceria, apatah lagi keluarga Een membawa bersama mak toknya dan sepupu-sepupunya yang masih kecil. Namun, di sebalik kecerian tersebut, aku masih sempat terlelap di atas sofa. Entahlah bagaimana aku boleh terlelap dalam suasana yang gamat tersebut. Aku sendiri pun kurang pasti. Keadaan ini mungkin didorong oleh sifatku yang sememangnya “kuat tidur”.

Di sebalik keceriaan yang berpanjangan itu, terselit juga beberapa insiden yang kukira amat memalukanku. Tanpa kusedari, sepanjang ziarah ini berlangsung, entah beberapa kali aku terjerit setelah kucing yang dibela oleh ustaz masuk ke dalam rumah. Kurasakan air mataku hampir hendak meleleh kerana begitu fobia dengan binatang tersebut. Sebagai insan yang memang sangat tidak gemar akan binatang yang bernama kucing, aku memang amat takut dengan binatang tersebut. Keadaan ini menyebabkan seluruh keluarga Een yang sememangnya amat sayang akan kucing telah mentertawakanku. Bagi mereka, (terutamanya sepupu-sepupunya yang masih kecil), tingkah lakuku terhadap kucing itu merupakan satu perbuatan yang amat janggal.

Kucing oh kucing!

Kucing Oh Kucing!

Secara keseluruhannya, ziarah balas kami ini ke rumah ustaz telah mendatangkan pelbagai manfaat. Yang paling muhim sekali, ukhuwwah antara keluarga aku dan Een dengan keluarga ustaz akan bertambah utuh. Secara tidak langsung, ziarah kali ini akan membuatkan ustaz lebih memahami perangai-perangai kami yang sememangnya ganas dan “brutal” ini. Syukran jazilan atas segala layanan yang telah ustaz berikan kepada kami. Maaflah andai kehadiran kami ke rumah ustaz sejak pagi menyusahkan ustaz dan isteri. Kami juga ingin meminta maaf atas segala tindak tanduk kami yang menyusahkan ustaz – hendak mengikut ustaz keluar ke mana-mana, terlalu ralit dengan televisyen, menyepahkan rumah ustaz, menghabiskan tisu di rumah ustaz, dan bermacam-macam lagi seribu satu perangai yang terpaksa ustaz wa isteri layan dengan penuh kesabaran. Semoga segala kebaikan yang kalian berdua curahkan akan sentiasa mendapat balasan yang sebaik-baiknya daripada Ilahi. Barakallahu Fi Kum!

Wassalam…

3 Comments »

RSS feed for comments on this post. TrackBack URI

  1. Salam!

    – Syukran atas kunjungan dan komen2 baik yang diberikan
    – Kalian tak pernah menyusahkan – kami seronok dengan kehadiran kalian – meriah sikit rumah kami yang selalunya sunyi – bila masing2 balik, rasa
    macam sunyi pulak
    – Datang le lagi, pintu rumah ustaz terbuka buat kalian
    – Macam mana dengan rehlah/ berkelah?
    – Seronok dapat kenal keluarga dan ibu bapa kalian – rasa seronok, rapat, dan mesra – terima kasih atas kebaikan
    – juga terima kasih kerana lemang, buah-buahan, datang awal untuk rewang dan sebagainya,

  2. Waalaikmussalam Warahmatullah.
    Tak menyusahkan? Ala tipulah! Huhu, ustaz tak nak bawa kami jalan-jalan pun kami paksa ustaz! Walaupun ustaz dah masuk dalam kereta dah, terpaksa akur dengan kehendak kami juga akhirnya… Sian ustaz!
    Datang awal untuk rewang? Huhu, ni perlukan penyelidikan yang lebih mendalam nih. Mana ada rewangnya, lepak je…
    Syukran atas jemputan dan pelawaan ke rumah ustaz sekali lagi. Tengoklah ye, kalau ada kesempatan… Kami ni kan sentiasa sibuk… Almaklumlah… Kami ni kan VIP…
    Semoga ziarah kali ini akan dapat mengukuhkan lagi ukhuwwah yang sememangnya telah terbina ini.
    Wassalam…

  3. Assalamu’alaikum,

    Salam ziarah dan silaturrahim dari seberang. Semoga sentiasa diberkahi Allah🙂


Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

Blog at WordPress.com.
Entries and comments feeds.

%d bloggers like this: