Bangkitlah Wahai Pemuda Pemudi!

November 2, 2007 at 3:23 pm | Posted in Citra Kehidupan, Renungan | 6 Comments

Assalamualaikum semua!

Seindah perhiasan di dunia ialah wanita yang solehah

Seindah Perhiasan di Dunia ialah Wanita yang Solehah

Hari ini, aku tidak berhajat untuk menulis sesuatu yang berat-berat. Ini kerana, aku agak kelelahan setelah seharian melakukan pelbagai aktiviti. Pada sebelah pagi, aku telah pergi ke sekolah untuk menghadiri kelas tahfiz selama tiga jam, manakala pada sebelah petang pula, aku sibuk “bertukang” di dapur membuat kuih Cornflakes yang telah diminta oleh adikku semalam. Alhamdulillah, pada sebelah malam, barulah Allah memberiku kelapangan untuk melakukan sedikit updates pada blog ini.

Setelah aku membuka komputer, abah telah menunjukkan ku beberapa buah video di youtube mengenai pengakuan beberapa orang remaja muslimah yang sedang menjalani tarbiyyah pemulihan akhlak di Raudhatus Sakinah setelah terjebak dengan pelbagai gejala sosial seperti berzina, menghisap dadah, murtad, dan sebagainya. Video yang telah ditayangkan itu benar-benar menginsafkan diriku. Pengakuan ikhlas yang telah dibuat oleh mereka itu benar-benar menyedarkanku betapa dunia hari ini penuh dengan pancaroba. Hanya mereka yang benar-benar mempunyai keimanan yang teguh sahaja akan berjaya melalui halangan dan dugaan ini. Di sini, aku kongsikan bersama dua buah video tersebut. Semoga video ini akan memberi banyak manfaat kepada kita.

Video yang pertama ini mengisahkan tentang pengakuan seorang remaja perempuan bernama Dora (bukan nama sebenar) yang telah dimurtadkan oleh teman lelakinya yang beragama Kristian. Seluruh anggota keluarga teman lelakinya menyokong tindakan Dora tersebut. Akhirnya, beliau telah ditangkap dan dipenjarakan. Atas arahan mahkamah, beliau dimasukkan ke Raudhatus Sakinah untuk ditarbiyyah. Video ini banyak mengingatkan kita supaya sentiasa berusaha mendalami ilmu agama. Tanpa adanya ilmu yang cukup di dada, kita akan mudah terjebak dalam gejala yang sememangnya dilaknat oleh ad-deen ini.

Video ini pula memaparkan tentang pengakuan seorang remaja wanita yang telah terlanjur berzina dan mengambil dadah. Kemudiannya, beliau telah dimasukkan ke Raudhatus Sakinah untuk ditarbiyyah supaya menjadi muslimah solehah. Banyak pengajaran boleh didapati daripada video ini.

Semoga apa yang dipaparkan akan kita hayati serta selami intipatinya bersama-sama semaksimanya. Semoga usaha Raudhatus Sakinah untuk menyelesaikan masalah-masalah ummah ini akan mendapat bantuan Ilahi. Bangkitlah wahai pemuda dan pemudi. Jangan kalian leka dengan kenikmatan dunia. Sesungguhnya, Islam menyeru kita semua (terutama kalian, pemuda dan pemudi Islam)supaya bersatu tenaga berjihad mengembalikan kegemilangannya di mata dunia. Kepada semua, sentiasalah berdoa supaya Allah menghidupkan dan mematikan kita dalam keimanan. Firman Allah:

Ya tuhan kami, jangan jadikan diri kami condong setelah Engkau memberi petunjuk kepada kami, dan kurniakanlah kami rahmat dari sisiMu, sesungguhnya Engkaulah yang maha pemberi kurnia.” (Surah Ali Imran, ayat 8)

Bangkitlah wahai pemuda dan pemudi! Umat Islam sedunia dahagakan tenaga kita untuk berjihad membantu mereka!

Perjuangan kita belum selesai

Wallahualam…

Wassalam

 

6 Comments »

RSS feed for comments on this post. TrackBack URI

  1. Salam semua,
    Kepada sesiapa yang mempunyai sebarang pandangan/idea untuk dikongsi bersama mengenai posting hari ini bolehlah menghantar pandangan anda ke ruangan comment ini untuk dikongsi bersama pembaca yang lain.
    InsyaAllah, ana akan menjawab segala persoalan yang diberi selagi terdaya.

  2. waah pertama kali tgk blog pelajar alamin.Mmg btol btol bermanfaat.Inilah gunanya internet tempat untuk kebebasan bersuara dan memberikan pandangan bukan tmpt utk menjaja muka (myspace). Bagus.. harap dapat mengcungkil lagi bakat yang ada … (maaf kerana bahasa melayu yang teruk)

  3. salam, ukhti..
    SYABAS…! TAHNIAH…! x sangka pula ada pelajar al-amin yang prihatin terhadap isu-isu semasa, berani mengatakan pendapat dan mendedahkan masalah-masalah berat mahupun ringan, realiti hari ini yang semakin hari semakin bersawang yang datang dari insan itu sendiri. Insan kan pelupa? Perlukan nasihat, perlukan teguran.Bukan?

    Jadi, kembali kepada tujuan ana menulis,

    KOMENTAR UNTUK TINTA PENULISAN:
    Terima kasih dan Jazakillah utk nasihat-nasihat, kata-kata hikmah, dan ayat-ayat al-quran yang telah anti selitkan dalam hasil penulisan anti. Cantik. Indah. Cuma… ayat ini…
    ” Ya tuhan kami, jangan jadikan diri kami condong setelah Engkau memberi petunjuk kepada kami, dan kurniakanlah kami rahmat dari sisiMu, sesungguhnya Engkaulah yang maha pemberi kurnia.” (Surah Ali Imran, ayat ???). Mungkin itu sahaja yang ana nmpk kekurangannya..

    KOMENTAR UNTUK VIDEO KLIP :
    SEDIHNYA…memang menginsafkan. tp video klip tu ada yg ‘sensort’. bg pendapat ana, tidak sesuai utk tontonan golongan lelaki. mungkin mendatangkan masalah yang lain pula. mula-mula ana x jd nak tengok. tp bile dah skip, baru nmpk pengisiannya. tp nak buat macam mana, kan?

    Oklah. Itu sahaja komentar bg penulisan ini. Diharapkan ukhti selamat meneruskan perjuangan dalam bidang penulisan disamping berdakwah dan berjihad di jalan Allah. Insya-Allah.
    Wassalam.

  4. Waalaikumussalam,

    Asif jiddan ya ukhti. Ana tak perasan yang tak keluar nombor ayat. Sebenarnya, Surah Ali Imran, ayat 8. Jazakillah atas pemberitahuan.

    Video Klip tu ana copy daripada Youtube. Tak boleh nak buat macam mana. Tapi, insyaAllah, ibrahnya lah yang ingin ana kongsi.

    Wassalam.

  5. assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh.

    mabruk ya ukht…kerana mengetengahkan pengakuan pelatih tu. apa yang penting sedik sebanyak dapat memberi pendedahan kepada sekalian yang menonton dan mendegar video ni mengambil pengajaran, insya`allah.

    MOGA ADA MANFAATNYA BUAT SEKALIAN…

    “sungguh apabila kita dekat dengan mereka, bersama menyelami apa yang terjadi pada mereka, dan adalah mereka tidak pernah pinta sedemikian rupa, dan kita sebagai masyarakat berilah peluang dan turutlah sama membimbing mereka.”

    “TARBIYAH MENTARBIYAH SEMATA MENCARI REDHA ALLAH… INSYA`ALLAH”

  6. ukht..boleh sent kat email ana video ni…..syukran jazilan..


Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

Create a free website or blog at WordPress.com.
Entries and comments feeds.

%d bloggers like this: