Sebuah Catatan Kosong

October 31, 2007 at 2:52 pm | Posted in Citra Kehidupan | 3 Comments

Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh

Sematkan al-Quran di hati, kelak hidup akan diberkati.

Sematkan al-Quran di hati kelak hidup akan diberkati

Sebenarnya, hari ini aku tidak berhajat untuk menulis panjang-panjang. Ini kerana, hari ini aku agak penat setelah sepetang memaksa otakku untuk mengulang juzu’ 11 yang memang sudah lama kutinggalkan. (Kira-kiranya sudah hampir setahun aku tidak mengulang juzu’ ini. Ini kerana, setelah aku menghafal juzu’ ini pada akhir tahun lepas, aku langsung tidak mengulangnya sampai sekarang! Akibatnya, juzu’ ini telah luput dari ingatanku. Dahsyatkan?) Proses untukku mengulang juzu’ ini tidaklah semudah proses untuk memurajaah juzu’-juzu’ yang lalu. Aktiviti ini amatlah memenatkanku kerana aku seolah-olah terpaksa menghafal juzu’ ini semula.

Apa apalah, doakanlah semoga Allah memberi kekuatan kepadaku untuk terus menghafal dan mengulang juzu’-juzu’ yang telah ku lupakan ini dengan istiqamah. Sesungguhnya melupakan potongan ayat al-Quran yang telah dihafal merupakan salah satu dosa besar. Sabda Nabi SAW:

Sesiapa yang menghafal al-Quran, kemudian dia melupakannya, kelak dia akan bertemu dengan tuhannya dalam keadaan tangannya kudung.

(Riwayat Abu Daud dan at-Tarzmizi)

Kepada sahabat-sahabat seperjuanganku, peliharalah al-Quran di hati kalian. Jangan tinggalkan kalamullah ini walaupun sehari. Al-Quran akan memberikan kedamaian yang hakiki kepada jiwa kita yang sedang berkecamuk ini. Kalamullah yang agung ini juga akan memandu kita dalam menghadapi cabaran-cabaran globalisasi pada masa hadapan yang kebanyakannya akan merosakkan aqidah kita. Firman Allah dalam surah al-Israa’ ayat 82:

“Dan kami turunkan al-Quran sebagai satu penawar dan rahmat bagi orang yang beriman…”

Tanamkanlah al-Quran ke dalam jiwa, nescaya kehidupan kita akan bahagia buat selamanya.

Sebelum itu, saksikanlah kepetahan budak kecil ini menghafal al-Quran. Setiap soalan yang diajukan kepada beliau, beliau akan menjawabnya dengan pantas dan lancar. Sebelum itu, beliau akan menyatakan soalan itu berasal daripada surah mana, bilangan ayat dalam surah tersebut, surah yang keberapa, dan asal surah tersebut, samada surah madaniyyah ataupun surah makiyyah. Semoga video ini akan menjadi motivasi kepada kita dalam usaha untuk menghafal kalamullah ini.

Wassalam.

p/s: Maaflah jika posting hari ini kurang menarik. Hari ini ana benar-benar letih tidak bermaya. Mahu tidak mahu, malam ini ana terpaksa mengulang (atau secara mudahnya menghafal semula) juzu’ 11 untuk “dipersembahkan” kepada cikgu esok. Kepada Een, minta maaflah kerana ana tidak dapat menunaikan permintaan enti malam ini. InsyaAllah, kemudianlah ana tunaikan. Harap maaf.

3 Comments »

RSS feed for comments on this post. TrackBack URI

  1. Salam!

    Selamat menghafal dan semoga beroleh barakah. Jangan sedih dan patah semangat dengan cabaran, kekangan, dan kesukaran dalam menghadapi kelas al-qur’an enti. sekiranya semua patah semangat, siapa lagi yang boleh diharapkan untuk terus mendepani cabaran mendatang! Terus komited dan iltizam tinggi menghadapi segala kesukaran. Ingatlah, perjuangan Rasul Junjungan dahulu lebih sukar dan pedih dengan pelbagai tribulasi. Semoga terus cemerlang…dunia dan akhirat!

  2. Salam

    Moga terus istiqomah. Terus berusaha untuk Islam. Segala yang datang sekadar cabaran. Kenanglah susah payah generasi awal Islam. Moga terus kuat mendepani cabaran zaman dan manusia. Allah Hu Akbar!

  3. Nak jadi seperti generasi awal Islam dahulu? Amat payah untuk kita mencontohi mereka. Bukan mustahil, namun, AMAT PAYAH.
    Dalam kehidupan yang sentiasa diselubungi dengan pelbagai masalah-kecelaruan antara makanan yang halal dan haram, kemalasan minda akibat daripada percaturan musuh-musuh Islam, kurangnya budaya amar maaruf nahi munkar, semuanya telah menyebabkan umat Islam hari ini ketinggalan di belakang.
    Semoga kita mampu mencontohi generasi awal Islam ini yang sanggup meninggalkan kehidupan duniawi demi mendapatkan kebahagiaan yang abadi.
    Syukran atas doa dan dorongan kalian. InsyaAllah segala didikan dan nasihat yang kalian berikan akan ku jadikan pedoman hidup.


Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

Blog at WordPress.com.
Entries and comments feeds.

%d bloggers like this: