Kurangnya Komitmen Kerja-Penyebab Keruntuhan Ummah?

October 30, 2007 at 9:16 am | Posted in Citra Kehidupan, Renungan | 4 Comments

Assalamualaikum…

Al-Quran… Hayatilah maknanya!

Tanamkanlah al-Quran dalam hati, nescaya hidup anda sentiasa dinaungi Ilahi…

Hari ini merupakan antara hari yang paling kosong dalam hidupku, seolah-olah hidupku hari ini tidak bermakna langsung! Aku sendiri kurang pasti mengapa keadaan ini berlaku. Namun, itulah hakikatnya yang sudah tidak boleh dipertikaikan lagi.

Sepatutnya hari ini, aku mempunyai kelas al-Quran selama tiga jam, bermula dari pukul lapan pagi sehinggalah pukul sebelas pagi. Namun, aku sendiri tidak tahu mengapa, secara tiba-tiba, tanpa sebarang pemberitahuan, kelas itu telah dibatalkan begitu sahaja. Oleh sebab kelas itu dibatalkan secara tiba-tiba tanpa pengetahuan kami, kami semua masih ternanti-nanti kehadiran cikgu sehinggalah pukul sepuluh pagi. Kami yang kebanyakannya sentiasa “bersemangat” untuk pergi ke kelas tahfiz telah menunggu kelibat cikgu sedari pukul lapan pagi lagi di pondok. (Kami menanti di pondok supaya senang kami lihat ketibaan cikgu.) Namun, ironinya, tunggu punya tunggu, sehingga pukul sepuluh pagi pun bayang cikgu masih belum kelihatan lagi!

Akhirnya, setelah puas kami menunggu, kami pun mengambil keputusan untuk berhenti menanti. Aku telah mengajak Een ke bilik guru untuk berjumpa dengan Us Shahir. Sebenarnya, aku hendak menyerahkan laporan rumah as-Solah yang terpaksa kusiapkan semalam. Setelah beberapa kali kuajak Een, barulah dia berseuju untuk menemaniku. Alhamdulillah, kalau tidak, terpaksalah ku pergi ke bilik guru secara “solo”. Setelah aku menyerahkan laporan tersebut, kami telah berbual dengan rancaknya. Perbualan itu kebanyakannya berkisar tentang ziarah ustaz ke rumah kami pada hari Ahad yang lalu. Syukur ke hadrat Ilahi, setelah beberapa jam aku menanti di sekolah tanpa membuat sesuatu yang berfaedah, akhirnya, tepat pukul satu petang, abah telah datang mengambilku. Thank you, Abah!

Sebenarnya, peristiwa “ketiadaan” kelas tahfiz secara mengejut pada pagi ini telah menyebabkan aku terfikir-fikir mengenai realiti ummah hari ini. Secara jujurnya, terus terang kukatakan bahawa aku sebenarnya amat kecewa dengan sikap sebegini-cancel kelas tanpa sebarang pemberitahuan! Jenuh kami menunggu kedatangan cikgu di pondok sambil ditemani dengan bau sampah yang menyesakkan nafas, namun penantian kami itu sia-sia belaka. Sikap ini sebenarnya melambangkan kurangnya komitmen kerja dalam kalangan tenaga pengajar tahfiz al-Amin (Maaf ye! Bukan semua. Sebahagian sahaja.), yang rata-ratanya terdiri daripada golongan yang belajar dan mendalami ilmu agama.

Situasi ini menyebabkan otakku ligat berfikir. Inikah barisan pendakwah yang bakal menerajui kepimpinan negara? Inikah orangnya yang bakal mengubah pemikiran masyarakat yang kian jauh daripada Islam? Mampukah kita berdakwah kepada masyarakat yang sudah semakin cacamerba ini, sedangkan kita tidak mempunyai komitmen yang tinggi terhadap pekerjaan seharian? Akan terbukakah hati orang kafir untuk memeluk agama Islam jika mereka melihat perangai pendakwah-pendakwah Islam ini yang sentiasa menjalankan tugas yang diamanahkan kepada mereka secara sambil lewa? Jika sikap ini tidak dapat dikikis oleh para pendakwah yang memperjuangkan Islam, nescaya institusi keagamaan di negara ini akan semakin goyah. Ayuh kita lihat kembali Sirah Nabi Muhammad SAW. Jika kita meneliti perjalanan dakwah baginda, kita dapat melihat betapa baginda merupakan seorang insan yang sangat komited dengan tugas yang diamanahkan. Walaupun baginda sering diancam oleh orang kafir, namun baginda tetap komited menjalankan tugas menyampaikan Islam seperti yang diamanahkan tuhan.

Renung-renungkanlah wahai sahabat-sahabat seperjuanganku. Jika habit ini terus diamalkan oleh tenaga pengajar tahfiz al-Amin, tidak hairanlah jika sampai satu masa nanti, program tahfiz yang bermanfaat ini akan menemui ajalnya. Tanpa komitmen yang tulus daripada semua, tidak mustahil perkara ini akan terjadi. Sesebuah organisasi hanya akan berjaya jika semua ahlinya bekerjasama. Pepatah Melayu ada mengatakan, “Kuat akar kerana tunjang, kuat tunjang kerana akar.

Bersamalah kita membanteras sikap ini. Mungkin tulisanku ini akan menyebabkan segelintir individu terasa. Maafkanlah daku. Aku tidak berhasrat untuk mencalarkan perasaan kalian, namun, sedarilah, inilah realiti masyarakat kita sebenarnya. Dalam usaha untuk membentuk ummah dan masyarakat yang berjaya di dunia dan di akhirat, kita perlulah memberikan komitmen yang tinggi di mana sahaja komitmen itu diperlukan. Imam as-Syahid Hassan al-Banna pernah berkata,

Andai diumpamakan Islam seperti sebuah bangunan usang yang hampir roboh, maka aku akan berjalan ke seluruh pelusuk dunia bagi mencari jiwa-jiwa muda. Aku tidak ingin mengutip dengan ramainya bilangan mereka tetapi aku inginkan hati-hati yang ikhlas untuk membantu serta bersama aku membina kembali bangunan usang itu sehingga menjadi sebuah bangunan yang tersergam indah...”

Bersama ini, aku sertakan sebuah video yang memperlihatkan seorang budak membaca al-Quran surah al-Anbiyaa’, ayat 83 sampai 90. Hayatilah kefasihan kanak-kanak ini membaca kalamullah. Lenggok suaranya serta wajahnya yang comel benar-benar memikat hatiku!

Wassalam…

4 Comments »

RSS feed for comments on this post. TrackBack URI

  1. Jelas sekali perasaan hampa bercampur geram digambarkan. Kami pula AJK Kelab Kelas Tahfiz terpaksa menghadapi reaksi negatif ibubapa dan pehak terbabit dan bersedia utk membuat “damage control” bagi menangani realiti dan isu ini. Tindak tanduk para “org Quran” begini bakal mengundang fitnah.

    Jadi, anak-anak yg bakal jadi “org Quran”, sila ambil pengajaran. Bertekadlah utk berkerja dgn penuh ikhlas dan komited, insya-Allah.

  2. Salam

    Wah, meluahkan perasaan ye?
    Susah nak kata, tapi itulah realiti umat hari ini. Kadangkala sikap separuh masak kita sukar untuk kita sendiri fahami. teringat akan kuliah selepas maghrib malam tadi – membincangkan realiti umat Islam masa kini – berakhirnya Ramadhan, maka berakhirnya segala tarawih, witir, dan segala sunat – berakhirnya ramadhan maka era masjid yang makmur dengan makmumnya pun turut berakhir – pelik bila memikirkan realiti umat Islam hari ini. Semakin jauh kita melangkah ke langit dunia, semakin suram iltizam segelintir kita terhadap islam – inilah agaknya hakikat yang Islam itu awalnya asing dan akhirnya asing juga! Mari kita berfikir…

  3. Salam

    Syukran atas komen ke atas blog ustaz. Teruslah memberikan sokongan dan membaca blog us walaupun ia bukan wordpress ye!

    Link ke blog us:
    http://pelitamu.blogspot.com/

  4. Susah untuk kuungkapkan perasaanku ketika itu-marah, geram, kecewa, terkilan…
    Namun, bila kuteliti kembali, itulah hakikat ummah akhir zaman yang terpaksa kita telan sama-sama. Sabda Nabi Muhammad SAW dalam sebuah hadis baginda:
    “Akan tiba satu zaman, di mana ketika itu tiada yang tinggal daripada Islam kecuali namanya sahaja, tidak ada yang tinggal daripada al-Quran melainkan tulisannya sahaja, Masjid-masjidnya indah dan mewah, tapi jauh daripada hidayah Allah, dan ulama’-ulama’ di zaman itu merupakan sejahat-jahat manusia, dari mereka keluarnya fitnah, dan akan kembali fitnah tersebut kepada mereka.” (Riwayat Baihaqi)
    Semoga generasi yang akan memimpin ummah ini pada masa akan datang tidak akan mengulangi lagi kesilapan yang sama.
    Wallahualam…


Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

Blog at WordPress.com.
Entries and comments feeds.

%d bloggers like this: