Ziarah-Peranannya dalam Menyemarakkan Ukhuwwah

October 28, 2007 at 12:28 pm | Posted in Citra Kehidupan, Renungan | 12 Comments

Assalamualaikum…

Hari ini banyak betul aktiviti telah aku lakukan… (Ceewaah! Perasan semacam!) Bermula dari pagi lagi, aku dan Een telah bersama-sama “bertukang” di dapur untuk membuat kuih cornflakes. (Ni memang trade mark kami setiap kali merdeka daripada imtihan. Eh, silaplah! Een merdeka dah ke? Hahaha, siapa suruh hang ponteng?) Yang harunya, tatkala aku sedang sibuk mengacau cornflakes itu supaya sebati, Een sibuk “curi-curi” makan adunan tersebut. Katanya, hendak “testing” sahaja. Yang aku pelik, Een bukannya “curi-curi” makan dengan kadar yang sedikit, malah, boleh kukatakan sampai pada tahap melantak! Sekali-sekala kulihat tingkah lakunya memang betul-betul melambangkan sifat keanak-anakannya. (Hisy, cakap orang, aku pun sama! Hehehe… Jangan marah ye Een…)

Tengah hari ini, kami menerima kunjungan “tetamu istimewa”. Hahaha… tetamu ini bolehlah kukatakan istimewa kerana kami terpaksa menunggu dari pukul 11 sehinggalah pukul 12:30 tengah hari bagi menanti ketibaannya. (Hahaha, sampai Een tertidur. Jangan marah ye! Kelewatan kalian berdua sebenarnya merupakan rahmat buat kami sekeluarga. Kalau ziarah kalian diawalkan, nescaya kalian akan lihat betapa bersepahnya rumah kami yang tidak berapa luas ini-meja yang masih separuh siap dipasang, dapur yang masih berkecah, ruang tamu yang masih belum berkemas. Jadi jangan terasa. Semua yang berlaku ada hikmah disebaliknya.)

Mula-mula, aku dan Een terasa malu hendak berhadapan dengan para tetamu. Entahlah apa puncanya. Mungkin kerana kami ini pemalu belaka! Hahaha… Inilah penyebab yang paling tidak boleh diterima oleh akal yang masih waras berfikir! Sebab, kami ini memang sering digelar “tak malu” oleh individu-individu yang mengenali hati budi kami. Setelah hampir setengah jam berlalu, barulah kurasakan jurang itu semakin berkurangan. Aku sudah boleh berbual seperti biasa, walaupun perasaan segan itu masih menguasai diri. Sebenarnya, itulah diriku. Aku memang seorang yang “lambat panas” dalam pergaulan, tidak kiralah dengan sesiapa pun. Aku sukar hendak bermesra dengan seseorang dalam jangka masa pendek. Tapi, apabila aku sudah rapat dengan seseorang, memang kamcing betul lah! Itulah perangaiku semenjak ku kecil.

Ziarah terus berjalan dengan lancar. Pelbagai cerita terus dikongsi bersama. Bermula dengan cerita mengenai perangai kami yang suka membuta semasa imtihan berjalan, perbualan terus dirancakkan dengan peristiwa “semalam” yang telah berlaku di luar dugaan kami. (Maaf banyak-banyak andai peristiwa ini benar-benar mencalarkan hati kalian berdua. Memang kami yang bersalah. Sebenarnya peristiwa yang sengaja kami sengajakan ini benar-benar banyak memberi pengajaran kepada kami. Maaf banyak-banyak ye!)

Selepas sahaja selesai solat zuhur, kami terus pergi ke rumah Een untuk tujuan berziarah dan menghantar Een pulang. Biasalah, raya-raya ini kita mengeratkan ukhuwwah dengan cara berziarah! Aku dan Een pergi dahulu menaiki kereta bersama dengan “tetamu istimewa” yang sememangnya mahu ke destinasi yang sama, manakala mak dan abah akan menyusul kemudian. (Terima kasih kepada kalian berdua kerana sudi menumpangkan kami berdua. Syukran jazilan kerana sudi melayan karenah kami yang “banyak mulut” di sepanjang perjalanan. Mungkin perangai kami yang “banyak mulut” ini menganggu ketenteraman kalian dalam kereta. Maaf banyak-banyak kupinta. Syukran juga untuk “fulus raya” yang kalian hulurkan. Moga jasa kalian akan mendapat balasan yang setimpal daripada Ilahi. Barakallahu fi kum)

Tidak berapa lama setelah kami tiba di rumah Een, anak saudara kembarnya yang berusia dalam lingkungan setahun setengah telah datang ke rumahnya. Aku yang sememangnya suka akan kanak-kanak (terutamanya yang berusia antara 5 bulan hingga 5 tahun) terus pergi “mengacau” budak kembar tersebut. Syukur Alhamdulillah, si Adik mahu bermain denganku setelah kudukungnya, manakala si Abang masih malu-mungkin kerana tidak biasa denganku. Aku terus bermain dengan si Adik sehinggalah aku pulang.

Sepanjang perjalanan pulang, aku telah berfikir tentang betapa agungnya jasa seorang pendidik. Mereka bukan hanya mengajar tapi mendidik sahsiah manusia agar menjadi insan yang berguna di dunia dan di akhirat. Tidak kisahlah apa jua cara yang digunakan bagi mendidik manusia-menasihat, memberi semangat, membesit, mencubit semuanya dilakukan atas dasar untuk melihat agar manusia yang dididiknya menjadi insan yang benar-benar berguna kepada masyarakat, negara, dan yang paling penting kepada agama. Itulah sebenarnya nilai seorang guru yang sudah semakin dipandang enteng oleh masyarakat. Ramai antara kita yang berpendapat tugas guru hanyalah mengajar ilmu-ilmu yang bersifat akademik. Tanggapan itu sebenarnya tidak benar. Tugas guru sebenarnya amat besar dalam usaha untuk membina kembali daulah islamiyyah yang suatu masa dahulu pernah menggemparkan dunia. Nabi junjungan mulia pernah bersabda dalam satu hadis baginda, “hampir-hampir seorang guru itu menjadi rasul.

Bercakap tentang guru, aku terasa begitu murninya hati seorang guru dalam usaha untuk melihat anak didiknya berjaya dalam kehidupan. Situasi ini pernah kualami sendiri dalam kehidupanku sebagai pelajar tingkatan tiga ini. Jika diingat-ingat kembali, suatu ketika, tatkala kami sedang dalam kekalutan hendak menghadapi imtihan PMR yang sudah semakin hampir, pernah aku “memaksa” seorang guruku untuk membuatkan nota berkaitan dengan kegunaan imbuhan untukku. Bagi memenuhi kehendakku itu, guruku itu telah bertungkus-lumus menyiapkan nota tersebut. Setelah nota tersebut diberi, aku masih gagal untuk memahami bab tersebut. Dengan penuh kesabaran, guru tersebut telah mengajar anak muridnya yang tidak mengerti apa-apa ini dengan penuh perhatian sehingga aku betul-betul faham. Aku benar-benar menghargai pengorbanan yang kalian lakukan dalam usaha untuk memaknakan kehidupanku. Kadang-kadang, aku terfikir, mampukah aku membalas jasa-jasa yang kalian telah taburkan ini walaupun sedikit?

Setelah kulihat kembali realiti kehidupanku, aku merasakan bahawa diri ini masih tidak mampu untuk membalas jasa-jasa kalian. Pernah suatu ketika (tak silapku pada 3 Oktober), ada antara kalian yang telah meminta kami resipi untuk membuat kek batik. Aku mengatakan kepada beliau jawapan standard ku, “nanti jap.” Namun, selepas itu, kami semua terlupa hendak memberi resipi tersebut. Sudah hampir sebulan berlalu, namun, beliau masih gagal untuk mendapatkan resipi itu. Terukkan kami? Berbeza betul perangai kami dengan sikap kalian yang sentiasa bergegas memenuhi permintaan anak murid. Itukah cara kami membalas jasa kalian? InsyaAllah, selepas ini kami akan cuba berubah. Maafkanlah kami berkaitan dengan resipi tersebut. Tapi, itulah perbezaan antara sikap seorang guru terhadap anak murid dengan sikap seorang anak murid kepada guru.

Alhamdulillah, secara keseluruhannya, ziarah yang tidak seberapa ini sebenarnya mampu membuatkan kita saling mengenali, bertukar-tukar fikiran tentang masalah umat Islam mutakhir ini, dan yang lebih penting, ziarah yang tidak seberapa ini dapat menyemarakkan ukhuwwah antara kita. Hukama’ pernah berkata, “Ziarahlah sekali-sekala, nescaya ia akan menyemai kasih sayang antara kita.

Wallahualam…

Wassalam

p/s: Andai ada yang tidak kena di mata sepanjang ziarah ini-layanan yang tidak memuaskan, perangai yang tidak menampakkan kematangan, kata-kata yang menghiris perasaan, dan sebagainya yang sukar ku ungkapkan, maafkanlah kami . Sesungguhnya kami insan biasa yang tak terlepas daripada kekhilafan… Semoga ukhuwwah yang sudah mula mekar ini akan berkekalan selamanya. Syukran jazilan kerana kalian sudi berkunjung ke teratak buruk wa sempit kami. Barakallahu fi kum. Eid Mubarak. Taqabbalallahu Minna Wa Minkum…

12 Comments »

RSS feed for comments on this post. TrackBack URI

  1. ish2,hang ni bknnye nak cite psl cek yg baek2.pegi cerita pasal anak sedara cek pulak.tak pe-tak pe.tak kesah pun

  2. Ala… Ana cite yg benar! Qulil Haq Walau Kana Murra… Ape nt nak cakap? Kan betul budak2 suke kat ana sbb ana penyayang…

  3. ha,tulah.bila difikir2 balek,byk dah dosa ngan perangai2 yg tak elok kita buat kat guru2.kpd guru yg lbh mengenali kami tu,soryand minta maaf bebanyk tau

  4. ana tak nak kp ape2 pun kat sini.lgpun klu nak ckp pun tak boleh sbb ruang ni hanya untuk menulis bkn bercakap

  5. Eh, baru sedar ada banyak dosa? Bukan nak insaf2 pon. Makin bertambah buat dajal adelah. Dah lah nak ajak rewang kat rumah tuuuuut tak nak! Punya lah malas anak dara sorang nih!

  6. Salam
    Terima kasih atas komen2 yang diberi. Juga terima kasih daun keladi tak terhingga atas jasa baik, layanan keluarga anda yang 1st class serta jamuan yang sedap – mee kari, daging kerbau, garlic bread, dan sebagainya yang Alhamdulillah amat menyelerakan. Tetapi rasa tak adil pulak, tuan rumah telah menyediakan pelbagai juadah, diri ini masih memberikan komen2 yang mungkin menyakitkan, kalau tidak pun memedihkan diri kalian berdua. Mohon maaf atas segala kekhilafan diri ini, kekerasan sikap, kelaseran mulut, keterbesitan terhadap anak-anak murid, dan sebagainya yang mungkin tidak menyantuni anak-anak ini dengan sewajarnya. Cuma fahamilah, menjadi guru disiplin tidak menjadi lesen untuk diri ini bertindak wewenangnya. Mungkin juga, dalam usaha membentuk diri kalian, diri ini kadang-kadang ‘terover’ menanganinya. Tapi walau apa pun, ketahuilah, andalah merupakan anak murid saya yang BAIK dan MENYENANGKAN. Segala karenah kalian sebenarnya amat menghiburkan, saya berlapang dada untuk menerimanya. Salam!

  7. lambat panas tu ape?trg dgn lgkp tau.plg kurang pun 4 baris

  8. baik ngan menyenangkan eh?boleh tak beri cnth pastu ksmpln sekali

  9. umar alkhtattab,
    Eh, ada istilah “keTERbesitan” ke ah? Mana ada ter-ter dalam sebarang tindakan… Syukran sebab sudi datang rumah hambo. Lain kali, datanglah lagi. Jangan serik lagi. Ala, ana tak kisah pon nak cite apa-apa pon kat mak ana. Sebab hang ada ana murid yang mudah memberi maaf pada semua orang… Hehehe…

    KING PHILIP of MACEDONIA,
    Lambat panas tu kak, lambat nak mesra ngan orang. Senang cite, macam nt la. Dah dekat 6 bulan sekolah sama ngan ana, baru la boleh kanmceng. Tp, rasanya, nt yg anti sosial ni, agak lawak uh kalau nak tiba-tiba mesra ngan orang. Tuh lah sampai terpanggil “tetamu istimewa” tu “mak cik”. Peh tu buat poyo2. Amacam? Puas hati?

    AUGUSTUS CAESER,
    Tu kena mintak “tetamu istimewa” tu jawap la. Mana ana tau. Ana rasa kita nih memang tak pernah nak “baik dan menyenangkan” sebab asyik mengacau hidup orang. Amacam “tetamu istimewa”? Hehe, jangan-jangan kata-kata tuh sekadar nak menyedapkan hati je uh!

  10. Salam

    Puyooh! Peh, ada istilah tetamu istimewa le! Mana ada, kami macam orang lain jugak – berhidung, bermata dua, bertangan, dan berkaki – yang istimewanya kedua-dua tuan rumah yang bersusah2 menyediakan sebagainya buat kami…Buat anda, tak pernah ada istilah dalam kamus hidup ini”tak pernah baik, tak pernah menyenangkan” Mungkin kalian agak brutal, tapi tak pernah diri ini terasa atau menjeruk rasa – semuanya ok aje…Tak percaya? tanya Us Mohd Shahir!

  11. time kasih sebab ckp ana poyo.dah la ckp poyo dua kali uh.time ksh bayk2

  12. menjeruk rasa tu ape?nape menjeruk?klu nak jeruk2 ni bukan untk buah2 je ke?

    Menjeruk rasa? Merajuk maksudnya… Terasa pon boleh gak. Hhahah.. nt nih, asyok ingat makan je… Cubalah insaf siket…


Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

Create a free website or blog at WordPress.com.
Entries and comments feeds.

%d bloggers like this: