Warna Warni Kehidupan

October 26, 2007 at 3:00 pm | Posted in Citra Kehidupan, Imtihan | 9 Comments

Salam semua!

Setelah segala tumpuan telah diberikan untuk menghadapi imtihan (hehe, poyo je! Mana ada tumpuan, asyik main je sepanjang masa…), hari ini, alhamdulillah merdekalah ana daripada peperiksaan yang sentiasa mencengkam diri. Walau apa pun keputusannya nanti, insyaAllah ana akan cuba menerimanya dengan hati yang terbuka. Sekarang, kita hanya mampu bertawakkal kepada Allah sementara menanti keputusan diberikan. Cuma, ana mengharapkan kalian supaya sentiasa mendoakan ana supaya memperoleh keputusan yang cemerlang. Ingat, doa merupakan senjata orang mukmin! Firman Allah dalam Surah al-Baqarah ayat 186, “dan aku mengabulkan permintaan hambaku apabila mereka berdoa kepadaKu

Hari ini, ana agak kecewa dengan prestasi yang ana tunjukkan semasa ujian hafazan berjalan pagi tadi. Kekecewaan ini mungkin berpunca daripada sikap ana yang sentiasa culas hendak mengulang al-Quran. Walaupun soalan yang diajukan agak senang, namun ana gagal menjawab dengan sempurna. Ada saja terkhilaf di sana sini. Soalan pertama, aku diminta untuk membaca surah al-A’la. Entah kenapa, pada pertengahan surah, bacaan ana sudah mula tersangkut-sangkut. Keadaan ini mungkin berpunca daripada sikap ana yang memang memandang enteng akan juz 30 ini. Hah, padan muka! Itulah balasannya kalau memandang ringan ayat Allah kan? Jika dilihat secara keseluruhan, soalan yang ana dapat kuasai dengan baik hanyalah soalan yang berkaitan dengan surah al-Baqarah dan al-Mudathir. Bagi surah as-Sajadah dan surah al-Mujadalah, masih terdapat beberapa kesalahan pada bacaan yang ana lakukan di luar kesedaran. Secara keseluruhannya, ana agak berpuas hati dengan pencapaian yang tidak seberapa ini. Namun, sebenarnya, banyak lagi ruang-ruang yang perlu diperbaiki.

Ana akui, sejak akhir-akhir ini (lebih kurang sewaktu PUI PMR dimulakan), hubungan ana dengan al-Quran sudah semakin renggang, tidak seperti dahulu. Entah apa masalahnya, ana sendiri kurang pasti. Keadaan ini secara tidak langsung telah menjejaskan ingatan ana terhadap juzu’-juzu’ yang telah ana hafal, sehinggakan juzu’ 2 pun sudah tidak berapa lancar. MasyaAllah, apa hendak jadi??? Bukankah melupakan Kalamullah yang telah dihafal merupakan satu dosa yang boleh dikatakan sebagai dosa besar? Sabda junjungan mulia Rasulullah SAW dalam satu hadis baginda, “sesiapa yang menghafal al-Quran, kemudian dia melupakannya, kelak dia akan bertemu dengan tuhannya dalam keadaan tangannya kudung.” (Riwayat Abu Daud dan at-Tarzmizi) Isy…isy…isy… Ighfirly Ya Allah… Ighfirly Ya Allah! Berilah kekuatan kepadaku untuk ‘iadah!

Selepas selesai sahaja ujian hafazan, ana terus sahaja menelefon abah untuk pulang. Namun, kerana ada sedikit hal yang tidak dapat dielakkan, terpaksalah ana menunggu abah mengambil ana pada pukul 11 nanti. Sementara sedang bosan menunggu kedatangan abah, ana mengambil kesempatan untuk berbual-bual dengan dua orang kanak-kanak perempuan, berusia lebih kurang 5 ke 6 tahun yang sedang menunggu kedatangan teksi mereka untuk ke tadika. Ana lalu menyapa mereka dengan ramah (memang fitrah ana suka mengacau budak-budak).

“Ai, asal pakai baju kurung warna-warni pergi sekolah? Mana pergi baju sekolah?” Sapaku kepada mereka.

“Ala, hari ni ada jamuan raya la! Sebab tu pakai baju raya. Tengok ni, siap bawa makanan lagi. Nina bawa keropok, Aqilah pula bawa mihun goreng. Ummi dia masak. Hehe, cuba akak teka lagu apa Nina nyanyi waktu ihtifal hari tu?” Jawab salah seorang daripada mereka yang bernama Nina.

“Entahlah, mana akak tahu. Nina jawablah…” Jawabku sekilas.

“Nina nyanyi lagu ni…”

Selepas itu Nina dan Aqilah terus nyanyi lagu itu bersama-sama. Ana benar-benar tertarik pada lirik nasyid yang mereka lakukan. Antara liriknya yang sempat kutangkap ialah…

O when you feel bad,

O when you feel sad,

Say lailahaillah…

Only Allah, only Allah

Only Allah will help you,

He is here, he is here,

Do not fear, do not fear,

Only Allah will help you…

Kalau diteliti, lirik nasyid ini amat simple, namun begitu mendalam maksudnya. Jika kita benar-benar hayati, ia akan benar-benar mengubah gaya kehidupan kita. Nasyid ini amat sesuai diajar kepada kanak-kanak. InsyaAllah, semoga kalian berdua dewasa dalam keimanan dan ketakwaan! Amin…

Sekian,

Wassalam.

9 Comments »

RSS feed for comments on this post. TrackBack URI

  1. tak baik uh kacau(buli) budak-budak.dosa tau kacau orang, nnt ALLAH marah

  2. sory.tersilap letak.terletak dekat moga kejayaan milik kalian.ha,aqilah 2 sape?

  3. Ai, tolong sket! Ana tak kacau macam nt ngan budak2. Brutal! Ana kacau dengan penuh kasih sayang… Hehehe… Puas hati??? Asal? Dengki dengan sikap keibuan yang ana ada???
    Aqilah tu ntah… Anak kerani sek rendah… Dia dok ngan Nina tu… Jadi, ana pun ambil kesempatan le… Sebab ana ni penyayang, budak2 tu nak cakap ngan ana… Agaknya, kalau nt la gi kacau bdak2 tu, sah sah diorang lari… Betul tak???

  4. terangkan ciri2 org brutal mcm mana.klu nt betul2 tau org brutal tu mcm mane pas2 samakan dgn ana.buatlah analisis dulu uh,ni maen sesuka hati je cop org brutal [ceh,ganas tak ana ckp?]

  5. Uh, nt ganas??? Setakat ganas tak cukup, brutal baru lengkap! Antara ciri-cirinya:
    1. Budak-budak tak suke!
    2. Pegang akuarium pon boleh pecah.
    3. Masak maggi pastu tuang masuk dalam singki.
    4. Kena marah pastu merajuk.
    5. Cedok mushroom soup pon tumpah-tumpah sampai selekeh. Pehtu, ana gak yang kena buat.
    6. Dapat duit raya pastu kata tertinggal dalam kereta. Rupa-rupanya ada dalam beg sendiri. Hehe, ni muslihat nak dapat lebih eh???

    Amacam? Setuju dengan perincian tu?

  6. bleh diterima ar.cuma yg no.4 ngan 6 tu nt kene kaji balek.yg no 6 tu mane ada uh.duit dah hilang mestilah cuak.bkn sng nak dpt tu.lg2 drpd tetamu istimewa.dah la byk.

  7. Ayo, betul la yang no 4 tuh… Cek tanya mak hang tau semalam. Mak hang yang cakap hang merajuk pas kena marah dengan bonda hang…Eh, boleh cek nak tanya tak, King Philip of Macedonia tu apa? Hehehe, mana la cek tau.
    Yang no 6 tuh, ada masalah? Lain kali, dah dapat fulus raya, simpan la elok-elok. Jangan buang buang! Tuh pon nak kena ajar ke?

  8. sape yg suruh nt ajar ana?

  9. Mana ada ana ajar nt benda yang pelik-pelik ni? Setahu ana, sebagai kawan yang baik, ana hanya ajar benda-benda yang baik je… Hehehe… Jangan “sebab tak pandai menari, dikatakan lantai jongkang-jongket”


Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

Blog at WordPress.com.
Entries and comments feeds.

%d bloggers like this: