Menjelang PMRI Tasawwur Kertas 1…

October 24, 2007 at 3:01 am | Posted in Imtihan | 6 Comments

Assalamualaikum Kullukum Jamian…

Alhamdulillah, setelah lama aku menanam impian hendak membuat blog sendiri, hari ini, setelah sehari peperiksaan PMRI Tasawwur Islami Kertas 1 berlalu, harapan itu termakbul juga – bi iznillah. Sebenarnya, blog ini didirikan sebagai kesinambungan kepada blog Friendsterku yang pernah kuusahakan sebelum ini. Kepada sesiapa yang ingin membaca tulisanku sebelum ini, bolehlah kalian layari URL ini.

http://nurazlina_azizi.blogs.friendster.com/my_blog/

Semalam, setelah aku menduduki peperiksaan PMRI Tasawwur Islami Kertas 1 yang membincangkan tentang Ulumul Quran, Hadis, dan Tafsir, kepalaku terasa begitu berat. Almaklumlah, semua soalan yang ditanya dalam peperiksaan yang berlangsung selama dua jam itu benar-benar menguji tahap pemikiranku. Hampir kesemuanya menguji sejauh mana kefahaman kita tentang Islam. Antara soalan yang masih kuingat:

  1. Huraikan pernyataan al-Quran sebagai mukjizat.
  2. Buktikan mengapa al-Quran bukan tulisan Nabi Muhammad SAW.
  3. Untuk apa al-Quran diturunkan.
  4. Bilakah al-Quran diturunkan?
  5. Berpandukan ayat 47 surah an-Nur, mengapa orang munafiq tak boleh masuk syurga?
  6. Huraikan hukum meninggalkan solat.
  7. Tuliskan surah al-Kauthar berserta terjemahan dengan lengkap.

Antara soalan yang paling sukar untuk kujawab ialah soalan yang menyuruhku menghuraikan hukum meninggalkan solat. Entah mengapa, aku rasa sebenarnya soalan ini amat mudah, cuma ketika itu, aku seolah-olah sudah kuhabisan idea untuk menjawabnya. Tanpa berfikir panjang, aku terus mengatakan hukumnya haram di sisi syara’ kerana telah mengabaikan salah satu tuntutan agama yang wajib dilaksanakan. Dalam Islam, ibadah solat amat dititik beratkan, sehinggakan tatkala kita sakit pun, ibadah ini diwajibkan. Selain itu, solat ini juga merupakan salah satu daripada lima tuntutan Rukun Islam. Aku sertakan tiga buah dalil, dua daripadanya aku ambil daripada al-Quran (surah an-Nur dan al-Baqarah), manakala lagi satu, aku mengambil hadis nabi yang mengatakan bahawa solat itu tiang agama. Aku pun tidak tahu mengapa aku menjawab soalan ini sedemikian rupa. Aku tidak pasti sama ada jawapan ku ini betul ataupun tidak.

Lagi satu, bagi soalan yang menanyakan tentang bilakah al-Quran diturunkan, aku tidak pasti apa jawapannya. Soalan ini memang sudah lama menghantuiku. Bukankah jika menurut surah al-Qadr serta surah ad-Dukhan ayat 3, al-Quran diturunkan pada Lailatul Qadr? Bagaimana pula dengan tarikh Nuzul Quran yang disambut pada 17 Ramadan? Dalam surah al-Anfal, ayat 41, Allah berfirman, “dan apa yang kami turunkan kepada hamba kami (Muhammad) pada hari bertemunya dua pasukan…” Melalui ayat ini, Allah telah mengisyaratkan bahawa al-Quran diturunkan pada hari peperangan Badr, iaitu 17 Ramadan. Tapi, bukankah al-Quran telah turun sebelum hijrah lagi? Entahlah, aku sendiri kurang pasti apa jawapannya. Jadi, kepada sesiapa yang tahu akan jawapannya, silalah jawab pertanyaan ini….

Akhirul kalam, doakan kejayaanku dalam kehidupanku selalu, tidak kiralah di dunia dan di akhirat. InsyaAllah, esok, aku bakal melalui dua kertas lagi, Tasawwur Islami Kertas 2 dan Tajweed. Doakan ye semoga aku beroleh mumtaz dalam kedua-dua paper!

Waallahu ‘Alam…

Allahumma Thabbit Qulubana Ala Deenik….

6 Comments »

RSS feed for comments on this post. TrackBack URI

  1. Ala, URL friendster ni tak boleh bukak lah… Tengok dekat Blogroll lah.

  2. Salam. tahniah atas ‘kewujudan’ blog anda sendiri. semoga terus istiqomah dengan kebaikan dan kesejahteraan pada saat dunia kita ini kian tenat dengan segala kemakaran dan kemungkaran. Berkaitan soalan yang diberikan, bertanyalah pada orang di sekeliling anda yang fakih akan ilmunya. Huraikan segala kekusutan yang ada dengan bertanya kepada yang selayaknya. Didoakan semoga mumtaz dan cemerlang dalam pmr/i serta beroleh kebaikan di dunia dan akhirat! Allah Hu Akbar

  3. Masih “dibesit” walaupun udah berada di sekolah menengah? X pelah, untuk kebaikan anda gak, kan? Ingatlah ubat yang pahit itu ada baiknya, dan gula yang manis itu ada buruknya. Mungkin ketika dibesit tu penuh kesakitan, keaiban, dan ketidakpuas hatian, tetapi INSYA ALLAH, ia penuh dengan kebaikan yang mungkin hanya akan disedari ketika anda DEWASA kelak.
    Ketika tulah anda mungkin akan setuju dengan tindakan guru yang membesit anda itu.
    Renungkan kata2 ini, jika seseoran itu TIDAK BETUL, jangan dikatakan mereka TIDAK BETUL kerana kitalah yang TIDAK BETUL kerana TIDAK MEMBETULKAN apa yang YANG TIDAK BETUL. BETUL? Belajar penuh cubaan, bersabarlah kerana sabar penghilang penat, tekun pembawa dekat!

  4. Ai, ada orang buat-buat tanya pulak! Ni yang buat geram ni… Ala, kan ana dah cakap, ana tak kisah. Sebenarnya, “benda” ni lah pengerat ukhuwwah bila kita dah besar2 nanti. Kalau tak ada “benda” ni, tak adalah memori “manis” yang dapat dikutip tahun ni. Betul tak??? Ana tak pernah tak setuju dengan tindakan tu… Betul lah! Dah salah, mestilah kena hukum! Bukankah Islam mengajar nilai-nilai begitu?
    Tak kisahlah walaupun terpaksa merasa sakit dan aib, tapi itulah proses tarbiyyah yang bakal mendewasakan ana. Hahaha… Inilah memori paling “best” yang ana kutip tahun ni!!!

  5. wei,takyahla popularkan ana.malu ah

  6. Eh, ana tak ada masa nak popular kan nt tau! Buang masa aje! Banyak lagi amalan yang boleh ana buat. Masa tu terpaksa, tak dok gamba laen dalam pc ni… Klu tak, tak denye ana letak gamba nih…
    Toleng jangan perasan tau! Loya tekak ana…


Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

Blog at WordPress.com.
Entries and comments feeds.

%d bloggers like this: