Ukhuwwah Fillah Itu Indah
January 25, 2009 at 3:04 am | Posted in Citra Kehidupan, Ikhwanul Fifteen, Renungan | Leave a commentKES 1: TAK BAWA BUKU TEKS PSI
Pagi Rabu, kelam kabut saya dibuatnya.
Apa taknya, tertinggal buku teks Pendidikan Syariaah Islamiyyah (PSI). Bukan sengaja, tertinggal atas katil. Hehehe, kira sengaja lah tu… Biasa tak gelabah pun kalau tertinggal buku. Tapi bila Us Hasnan bagi warning kalau siapa-siapa yang tertinggal buku akan dihalau keluar, rasa gerun tu tetap ada!
Meraban mencari buku. Tanya Kak Bi, kelas 5 Salman, ada PSI tak hari ini. Katanya ada. Alhamdulillah…
Tapi bila ye? Lepas Zohor… Aduh, nape serentak pula dengan kelas kecintaan saya ni?
KAK BI: Lina terlupa bawa buku ke?
SAYA: Haah… Kalau tak ada buku nanti ustaz halau…
KAK BI: Tak pe. Lina pinjam lah buku Kak Rubi dulu… Ustazah Zaimah tak halau kalau tak ada buku.
Terkedu saya mendengar. Sanggup Kak Rubi resikokan diri semata-mata tak nak saya kena halau keluar kelas. Nak berderai air mata saya mendengar cadangan Kak Rubi tu. Takpelah, ana cuba tanya kelas 5 Suhaib dulu. Mana tahu, nasib saya baik…
Alhamdulillah, ada rezeki saya. Buku Nah menjadi mangsa saya. Syukran Nah…
Sayang Kak Rubi…
KES 2: BEKAL SAYA
Saya suka bawa bekal ke sekolah. Biasa tak terjadi macam ni. Tapi ntah kenapa, hari tu tiba-tiba terjadi.
Saya bawa bekal ke kelas 5 Suhaib sebab kelas Biologi di kelas tersebut. Buku, botol air, termasuklah bekal saya heret ke kelas tersebut. Bekal tersebut tak jadi makan sebab perut dah kenyang diisi oleh ayam panggang yang dibeli oleh Abg Sarep.
Malang tak berbau, saya tertinggal bekal tersebut di kelas 5 Suhaib atas meja Ili dan Nah. Lagi malang lagi, beruk lak datang main-main dengan bekal tersebut. Habis sepah meja Ili dan Nah dengan spaghetti tu. Kasihan pula dengar Ili dan Nah kena kemas.
Esoknya, Ili dan Nah merajuk dengan saya. Tapi, rajuknya tak lama. Petang sebelum saya balik, saya minta maaf dengan Ili. Nah tak sempat. Ili okay je. Saya lak syahdu terlebih. Kira-kiranya, bertakunglah juga manik-manik jernih di kolam mataku ini.
Sayang Ili, sayang Nah…
KESIMPULANNYA
Kepada sahabat-sahabat semua yang bakal saya tinggalkan selama dua minggu, ketahuilah, saya sayang antunna semua. Hangat belaian ukhuwwah tersebut akan kekal di ingatan dan menjadi pedoman sampai bila-bila, InsyaAllah.
Tegurlah diri saya ini setiap kali saya buat kesalahan. Saya tak mampu nak jaga iman yang disemai ini dengan baik andai tiada kalian yang menegur, memberi motivasi, dan menyedarkan saya untuk bangkit kembali tatkala saya tersilap langkah.
Kanak-kanak dan Palestin
January 18, 2009 at 2:51 am | Posted in Cetusan Pemikiran, Renungan | Leave a commentMasuk hari ke 21, Gaza terus berdarah. Angka kematian semakin meningkat, bangunan-bangunan awam makin teruk dirosakkan. Hospital, bangunan kerajaan, universiti awam, semua dirosakkan. Bantuan daripada luar, temasuklah daripada PBB juga diletupkan oleh Israel bagi mengelakkan penduduk Gaza mendapat bantuan.
Apa yang boleh dilakukan?
Salah satu caranya, didiklah anak-anak, adik-adik kita, anak-anak jiran kita mengenai isu Palestin, khususnya mengenai Masjidil Aqsa agar mereka mampu mempunyai semangat jihad yang unggul apabila mereka meningkat dewasa nanti.
Teringat perbualanku dengan seorang adik ini, berusia lebih kurang 7 tahun, beberapa hari yang lalu.
Aku: Besar nanti adik nak jadi apa?
Adik: Nak jadi Salahuddin…
Aku: Nape?
Adik: Salahuddin berjaya dalam perjuangan. Adik nak bebaskan Palestin. Tak nak mati sebelum adik sempat solat dalam Masjidil Aqsa…
Subhanallah, betapa besarnya cita-cita kanak-kanak tersebut! Akak doakan cita-citamu termakbul. InsyaAllah, kalaulah semua adik-adik kita begini, cerahlah harapan bahawa satu hari nanti Masjidil Aqsa akan dikembalikan semula kepada kita.
Zionis pun telah mendidik anak-anak mereka seawal usia tadika untuk membenci umat Islam.
“Makanan paling sedap daging orang Arab, minuman paling sedap darah orang Islam”
Inilah merupakan nyanyian yang diajar di tadika-tadika milik zionis. Bayangkan apabila besar, itulah yang tertanam dalam dirinya.

Tanda SAYANG kanak-kanak Zionis buat umat Islam
Anak-anak kita, adik-adik kita, apakah mereka faham tentang siapakah Zionis ini. Fahamkah mereka apakah erti Palestin buat umat Islam?
Sedih melihat warga kecil kita hari ini lebih tahu akan penyanyi, pemain bola sepak, berbanding dengan al-Aqsa….
Pulanglah kepada Islam yang Sebenar
January 13, 2009 at 5:56 pm | Posted in Cetusan Pemikiran, Renungan | Leave a commentGaza terus berdarah dihujani peluru-peluru Israel. Warga Palestin dan kanak-kanak terus syahid bergelimpangan. Angka kematian semakin meningkat.

Tanda SAYANG kanak-kanak Zionis buat rakan-rakan Palestin mereka.
Alhamdulillah, bersyukur juga di hati tatkala melihat sudah ramai rakyat Malaysia khasnya yang beragama Islam kembali menyedari isu Palestin ini. Makin ramai yang cuba memboikot, menghadiri demonstrasi, berqunut tatkala solat, mengedarkan risalah, dan bermacam-macam lagi tindakan. Semoga perkembangan ini berterusan.
Namun, perlu diingatkan, tindakan berdemonstrasi, berqunut, boikot, dan sebagainya tidak mencukupi. Sedarkah kita, sebenarnya isu Palestin ini menuntut kita kepada pengorbanan yang lebih besar, iaitu berusaha ke arah membaiki diri sendiri, agar kita mampu menewaskan musuh-musuh kita satu hari nanti InsyaAllah? Untuk berjihad menentang musuh ini, bukan sahaja kekuatan fizikal diperlukan, namun kekuatan rohani juga amat penting.
Berapa ramai antara kita yang cuba untuk menghidupkan malam dengan ibadah tatkala Israel mula membedil Gaza?
Berapa ramai antara kita yang mula berdamping dengan al-Quran tatkala menyaksikan kekejaman Israel?
Gerunkah Israel terhadap umat Islam sekiranya mereka melihat kita masih susah untuk solat Subuh berjemaah di masjid-masjid?
Lupakah kita apakah kriteria memilih tentera yang dilakukan oleh Salahuddin al-Ayyubi tatkala mahu membebaskan Masjidil Aqsa? Bukankah beliau memilih tentera yang teguh rohaninya, yang malamnya diisi dengan qiamullail, yang subuhnya tak pernah lewat?

Sedarkah kita selama ini Israel sememangnya menjauhkan diri kita daripada al-Quran dan tahajjud supaya kekuatan sebenar kita akan terus hilang? Bagi memastikan umat Islam terus lumpuh, mereka menyucuk kita dengan dadah bernama hedonisme, sehingga kita tergila-gila akan Akademi Fantasia, drama Indonesia, serta filem-filem Hollywood, sehingga kita tak lagi melakukan qiamullail, tak lagi menjalani kehidupan seharian sebagai muslim yang ciri-cirinya diterangkan dalam al-Quran.
Akhirnya perancangan mereka berjaya, umat Islam terus lalai dan alpa.
Nilai kembali diri kita. Kembalilah kepada Islam yang sebenar agar satu hari nanti, Palestin akan dapat dibebaskan!
Ayuh adunkan antara tindakan memboikot, berdemonstrasi, berqunut, dengan tindakan berusaha untuk kembali pada Islam yang tulen agar hasil yang kita inginkan dapat diperoleh semaksimanya.
Cara Saya Membazirkan Cuti Saya
January 4, 2009 at 6:16 pm | Posted in Citra Kehidupan, Renungan | Leave a commentCuti yang diberi 57 hari. Banyak tu! Tapi celik pejam celik pejam, dah habis pun semua cuti tu! Dan saya telah berjaya menghabiskannya dengan penuh pembaziran. Di sini saya senaraikan aktiviti-aktiviti saya selama 57 hari cuti ni.
8-10 Nov saya dan keluarga serta sepupu sepapat pergi ke Kuala Terengganu. Saja ubah angin pergi ke Taman Tamadun Islam…
18 Nov kami sekeluarga pulang ke Kuantan. Tak lama pun. Balik hari je…
27 Nov – 2 Dis saya bersama sahabat-sahabat mengikuti wafdul amin di Lenggong, Perak darul Ridzuan.
6-8 Dis kami sefamili pulang ke Kuantan untuk Hari Raya Aidiladha 1429H.
19-21 Dis saya dan sahabat menyertai Akademi Murobbi di Port Dickson.
26 Dis kami sekeluarga pergi ke Kuala Terengganu untuk mengubat atuk yang retak tulang dada setelah terjatuh katil. Pergi tak lama. Balik hari je sebab esoknya mak kerja.
27-31 Dis pergi semula ke Kuala Terengganu kerana atuk perlukan rawatan susulan. Kali ini agak lama kerana rawatan tersebut memakan masa.
3 Jan kami pulang ke Tangkak bagi menziarahi famili mak.
Keseluruhannya, 23 hari saya “outstation” cuti kali ini. Hari selebihnya, tak banyak apa pun aktiviti yang saya buat selain menyertai aktiviti-aktiviti besar seperti:
12 Nov-5 Dis aku menghadiri kelas tahfiz di IIUM pada belah pagi. Tu pun kalau datang…
15-23 Dis menghadiri kelas tambahan di sekolah.
Cuti kali ini berlalu begitu sahaja tanpa saya sedari, juga tanpa sebarang aktiviti yang benar-benar bermanfaat yang saya lakukan atas usaha sendiri seperti belajar dan lain-lain lagi. Terkedu dengar cerita sahabat-sahabat saya yang begitu gigih menelaah. Ada yang kudengar cerita tekun mengikuti “jadual lasak” yang diilhamkan oleh Dr Aziz. Ada juga yang dah mula tuisyen. Ada juga yang dah intai-intai silibus form 5. Ada yang dah baca dah Konserto Terakhir.
Saya? Serba tak buat! Sunggguh saya berada dalam kerugian kerana masa lapang yang telah berlalu tak akan dapat dikembalikan setelah ia memotong kita.
Ya Allah, jauhkanlah aku daripada sifat malas yang membinasakan ini!
Tahun Baru
January 1, 2009 at 8:35 am | Posted in Cetusan Pemikiran, Renungan | Leave a commentSungguh aku tidak faham, mengapa rakyat Malaysia khususnya masih boleh bergembira menyambut kedatangan tahun baru 2009!
Tidakkah mereka tahu di saat mereka terlonjak-lonjak berketawa bersama sahabat handai dan ahli keluarga, tak kurang juga yang bersama boyfriend dan girlfriend masing-masing, masih ada saudara-saudara seIslam kita yang menderita, kanak-kanak sebaya umur adik-adik kita tercari-cari erti sesuap makanan, ibu-ibu sebaya ibu-ibu kita menangisi kesyahidan anak-anak dan suami-suami mereka, ayah-ayah sebaya ayah-ayah kita sibuk berjuang demi mempertahankan hak-hak mereka.
Bagaimana dengan kita? Seandainya kita benar-benar mengakui bahawa mereka itu saudara-saudara kita, sepatutnya kita merasai apa yang dirasai oleh mereka. Sepatutnya kita perlu membantu mereka apa yang kita terdaya.
Namun apa yang kita lakukan?

COUNTDOWN

2009

2009
Mengapa kita boleh bergembira menyambut tahun baru sedangkan di Palestin sana, saudara-saudara kita sudah masuk hari kelima dibantai teruk oleh rejim zionis. Angka kematian meningkat, mencecah angka 390. Orang awam, kanak-kanak, warga tua, turut dibunuh. Itu belum dikira lagi individu yang cedera, yang masih mengerang di atas katil kesakitan, menanti bantuan perubatan. Bangunan kerajaan habis dimusnahkan. Bantuan luar habis disekat. Gembirakah kita?
Huh, kalau kita masih bergembira, sememangnya kita saudara muslim yang paling tak berguna buat mereka!
Ya Allah, selamatkanlah ikhwan-ikhwan mujahideen di Palestin sana, berilah mereka kekuatan untuk terus berjuang, demi menegakkan kalimah Lailahailallah, lemahkanlah puak zionis, berilah mereka rasa gentar terhadap Islam…
Amalkan juga qunut nazilah di sini, contoh doa…
Blog at WordPress.com. | Theme: Pool by Borja Fernandez.
Entries and comments feeds.




