Erti Sebuah Kasih Sayang

November 12, 2007 at 5:37 pm | Posted in Citra Kehidupan, Renungan, Usrati | 3 Comments

Assalamualaikum semua!

Derita al-Quds

Kasihkah kita pada mereka?

Setelah beberapa lama ana menyepi daripada blog ini, Alhamdulillah, akhirnya Allah kembali memberi peluang untukku menitipkan sesuatu di sini buat renungan bersama. Hari ini, aku berhasrat untuk berkongsi dengan kalian secebis perbualan yang telah dituturkan oleh sepupuku semasa ziarah mereka ke rumahku Sabtu yang lalu.

“Nak balik dah ko?” Tanya sepupuku yang baru berusia tiga tahun, Majedi Ahmadi kepada Nenek dan Mak Cik Ja yang sedang bersiap sedia mengemas barang-barang untuk pulang ke Kuantan setelah semalaman berada di Kuala Lumpur bagi menghantar Ecik (adik abah) fly ke London.

“Eh, belum lagi lah. Kejap lagi baru balik…” Jawab Nenek dengan perlahan, mungkin kasihan melihat riak wajah cucu yang seolah-olah tidak merelakan nenek kesayangannya ini pulang ke Kampung.

Aku yang ketika itu sedang duduk-duduk di ruang tamu hanya tersenyum mendengar perbualan tersebut. Jauh di sudut hati, perbualan itu terasa benar-benar meresap masuk ke sukmaku. MasyaAllah, budak sekecil ini pun sudah mengerti erti kasih sayang sesama ahli keluarga, walaupun tidak selalu berjumpa! (Almaklumlah, keluarganya tinggal di Nilai, Negeri Sembilan, manalah dapat selalu pulang menjengah kampung halaman di Kuantan!)

Aku benar-benar insaf mendengar dialog tersebut. Alangkah suburnya perasaan kasih sayang dalam jiwa kanak-kanak yang masih fitrah ini! Bagaimana pula dengan kita, yang sudah besar remaja ini? Adakah kita benar-benar sayang akan ahli keluarga kita, akan saudara-saudara seagama kita di luar? Kadang-kadang kita mengaku bahawa derita di Palestin itu merupakan derita yang kita kongsi bersama, namun, mengapakah kita masih membantu pihak kuffar membunuh dan menyeksa batin mereka? Apakah buktinya kita menyayangi saudara-saudara kita yang sedang gigih memperjuangkan kesucian Masjidil Aqsa jika kita masih tetap membeli dan membantu secara tidak langsung syarikat-syarikat yang secara terang-terangan menyatakan bahawa keuntungan yang mereka peroleh digunakan untuk membantu meneruskan agenda perang Israel? Inikah tanda kasih sayang kita, ataupun kata-kata itu merupakan ungkapan yang bersifat retorik semata-mata? Inilah yang perlu kita renungkan bersama.

Bukan mudah untuk menamsilkan makna kasih sayang ini dalam kehidupan seharian. Lihat sahaja sifat kasih sayang yang wujud dalam kalangan sahabat-sahabat Rasulullah dahulu. Semasa Perang Uhud, para sahabat sanggup menahan panahan pihak musuh dengan badan mereka demi memastikan keselamatan Rasulullah SAW. Inilah salah satu contoh kasih sayang sejati yang telah ditunjuk oleh generasi sahabat dahulu dalam kehidupan mereka. Sememangnya kasih sayang yang telah dizahirkan amat murni, jauh sekali jika hendak dibandingkan dengan perilaku umat Islam hari ini.

Kepada semua pembaca blog ini, aku menyeru kepada kalian agar terus belajar bagaimana hendak berkasih sayang sesama masyarakat. Elemen ini nampak remeh sahaja, naman ia amat penting dalam usaha untuk menyelamatkan ummah ini daripada terus dilanda kehancuran. “Al-Ittihad asasu Najah (Perpaduan Asas Kejayaan).” Sabda Rasulullah SAW:

“Tidak beriman seseorang daripada kamu sehingga dia menyayangi saudaranya melebihi dirinya sendiri”

Wassalam.

3 Comments »

RSS feed for comments on this post. TrackBack URI

  1. Salam

    Isu Palestin? Hmm, tak kunjung selesai. Saya pernah mendengar pendapat – masalah ini tidak akan selesai selagi manusia islam terus melihat ia sekadar masalah orang arab – israel, masalah pertikaian tanah arab – israel dan sebagainya yang tidak berkaitan

    Inilah penyakit kita – biarlah mereka menyelesaikan sendiri masalah mereka – kita kan ada PBB, NAM, dan Oh I See (OIC) – pedih memikirkan masalah ini.

    Masih menyokong mereka? Siapa yang boleh meninggalkan Milo, Mc Donalds, KFC, Marlboro, Nokia, dan sebagainya – mulut sahaja kata anti Israel, hakikatnya kita masih menyokong mereka dalam diam, sedar, dan penuh rela…

    Inilah keadaannya – kita ramai tapi umpama buih di laut, kita Islam, tapi Islam hanya tinggal pada nama, kita Islam, tapi kita dihinggapi sindrom cintakan dunia dan takutkan mati.

    di manakah generasi khalid al walidku, umar abd azizku, solahuddin al ayyubiku?

    renung, fikir, dan hitunglah diri sebelum diri kita dihitung kelak!

  2. Assalamualaikum w.b.t

    Segala puji bagi Allah tuhan sekalian alam.Selawat dan Salam ke atas junjungan besar nabi Muhammad s.a.w yang membawa rahmat ke seluruh alam.

    Ustaz sebenarnya pembaca blog enti, tapi tidak berkesempatan sebelum ini mencoretkan komen atau berkongsi-kongsi pendapat dan ilmu yang enti paparkan dalam ruangan blog ini. Hal ini adalah disebabkan ustaz sangat sibuk melayan dan mengasuh pelajar-pelajar tinkata lima untuk persiapan menduduki SPM. Alhamdulillah kertas Bahasa Melayu telah selesai dijawab pada hari semalam. Semoga semua pelajar ustaz mendapat A1. Amin.

    Ustaz juga ingin mengucapkan tahniah dan syabas kerana enti mampu menjadikan ICT sebagai wadah untuk menyampaikan nasihat/tazkirah, komen, maklumat serta ilmu yang berguna. Bukan calang-calang pelajar yang mampu menguasai teknik penulisan dan berhujah seperti enti. Malah dalam masa yang sama enti juga menguasai kemajuan teknologi maklumat dan komunikasi (internet). Namun begitu enti juga kena ingat dan berhat-hati; “mata pena itu lebih tajam daripada mata pedang”. Jangan tersilap atau mengenepikan akhlak Islam dalam penulisan blog.Peribahasa Melayu juga ada mengingatkan generasinya, “kerana pulut santan binasa; kerana mulu badan binasa”.

    Ustaz ingin berkongsi tazkirah dengan enti dan semua pembaca blog tentang kasaih sayang. Amalan memberi salam merupakan salah satu tanda kita kasih dan sayang pada saudara kita dan amat dituntut oleh Islam.

    Petikan tazkirah ini ustaz cedok dari web beralamat seperti di bawah ini; http://ms.wikipedia.org/wiki/Assalamu_alaikum.

    Assalamu alaikum (السلام عليكم as-salāmu `alaykum) merupakan salam dalam Bahasa Arab, dan digunakan oleh budaya Muslim. Salam ini adalah Sunnah Nabi Muhammad s.a.w., yang dapat merekatkan Ukhuwah Islamiyah umat Muslim di seluruh dunia. Untuk yang mengucapkan salam, hukumnya adalah Sunnah. Sedangkan bagi yang mendengarnya, wajib untuk menjawabnya.

    Salam ini juga digunakan oleh budaya Kristian di Timur Tengah yang mempunyai erti kedamaian dan kesejahteraan bagi yang mengucapkan salam dan penerima salam tersebut. Salam ini sama dengan salam shalom aleichem dalam bahasa Ibrani.

    Allah SWT berfirman dalam Surah Al-Hasyr Ayat 23:

    Dialah Allah, tidak ada ilaah (sesembahan) yang layak kecuali Dia, Maha Rajadiraja, yang Maha Suci, Maha Sejahtera, Maha Mengurniai rasa aman, Maha Memelihara, Maha Perkasa, Maha Kuasa, Maha Memiliki segala keagungan. Maha Suci Allah dari segala yang mereka persekutukan.

    Di dalam ayat ini, As-Salaam (Maha Sejahtera) adalah satu dari Nama-nama Agung Allah SWT. Kini, Kita akan mencuba untuk memahami erti, keutamaan dan penggunaan kata Salam.

    Sebelum terbitnya fajar Islam, orang Arab biasa menggunakan ungkapan-ungkapan yang lain, seperti Hayakallah yang ertinya semoga Allah menjagamu tetap hidup, kemudian Islam memperkenalkan ungkapan Assalamu ‘alaikum. Ertinya, semoga kamu terselamatkan dari segala duka, kesulitan dan nestapa. Ibnu Al-Arabi di dalam kitabnya Al-Ahkamul Qur’an mengatakan bahawa Salam adalah salah satu ciri-ciri Allah SWT dan bermakna Semoga Allah menjadi Pelindungmu.

    Ungkapan Islami ini lebih berbobot dibandingkan dengan ungkapan-ungkapan kasih-sayang yang digunakan oleh bangsa-bangsa lain. Hal ini dapat dijelaskan dengan alasan-alasan berikut ini.

    1. Salam bukan sekedar ungkapan kasih-sayang, tetapi memberikan juga alasan dan logik kasih-sayang yang di wujudkan dalam bentuk doa pengharapan agar anda selamat dari segala macam duka-derita. Tidak seperti kebiasaan orang Arab yang mendoakan untuk tetap hidup, tetapi Salam mendoakan agar hidup dengan penuh kebaikan.

    2. Salam mengingatkan kita bahwa kita semua bergantung kepada Allah SWT. Tidak satupun makhluk yang dapat memalangi atau memberikan manfaat kepada siapapun juga tanpa perkenan Allah SWT.

    3. Perhatikanlah bahawa ketika seseorang mengatakan kepada anda, “Aku berdoa semoga kamu sejahtera.” Maka dia menyatakan dan berjanji bahawa anda aman dari tangan (perlakuan)nya, lidah (lisan)nya, dan dia akan menghormati hak hidup, kehormatan, dan harga-diri anda.

    Ibnu Al-Arabi didalam Ahkamul Qur’an mengatakan: Tahukah kamu arti Salam? Orang yang mengucapkan Salam itu memberikan pernyataan bahawa ‘kamu tidak terancam dan aman sepenuhnya dari diriku.’ Kesimpulannya, bahawa Salam bererti, (i) Mengingat (dzikr) Allah SWT, (ii) Pengingat diri, (iii) Ungkapan kasih sayang antar sesama Muslim, (iv) Doa yang istimewa, dan (v) Pernyataan atau pemberitahuan bahawa ‘anda aman dari bahaya tangan dan lidahku’ Sebuah Hadith merangkumnya dengan indah:

    Muslim sejati adalah bahawa dia tidak membahayakan setiap Muslim yang lain dengan lidahnya dan tangannya

    Jika kita memahami hadith ini sahaja, sudahlah cukup untuk memperbaiki semua umat Muslim. Karena itu Rasulullah Muhammad SAW sangat menekankan penyebaran pengucapan Salam antar sesama Muslim dan beliau menyebutnya sebagai perbuatan baik yang paling utama diantara perbuatan-perbuatan baik yang anda kerjakan. Ada beberapa Sabda Rasulullah, SAW yang menjelaskan pentingnya ucapan salam antara seluruh Muslim.

    Diriwayatkan oleh Abu Hurairah RA bahawa Rasulullah SAW bersabda: “Kamu tidak dapat memasuki Syurga kecuali bila kamu beriman. Imanmu belumlah lengkap sehingga kamu berkasih-sayang satu sama lain. Maukah kuberitahukan kepadamu sesuatu yang jika kamu kerjakan, kamu akan menanamkan dan memperkuat kasih-sayang diantara kamu sekalian? Sebarkanlah ucapan salam satu sama lain, baik kepada yang kamu kenal mahupun yang belum kamu kenal.” (Muslim)

    Abdullah bin Amr RA mengisahkan bahawa seseorang bertanya kepada Rasulullah SAW, “Apakah amalan terbaik dalam Islam?” Rasulullah SAW menjawab: Berilah makan orang-orang dan tebarkanlah ucapan salam satu sama lain, baik kamu saling mengenal ataupun tidak.” (Sahihain)

    Abu Umammah RA meriwayatkan bahwa Rasulullah SAW bersabda:”Orang yang lebih dekat kepada Allah SWT adalah yang lebih dahulu memberi Salam.” (Musnad Ahmad, Abu Dawud, dan At Tirmidzi)

    Abdullah bin Mas’ud RA meriwayatkan bahawa Rasulullah SAW bersabda, “Salam adalah salah satu Asma Allah SWT yang telah Allah turunkan ke bumi, maka tebarkanlah salam. Ketika seseorang memberi salam kepada yang lain, darjatnya ditinggikan dihadapan Allah. Jika jama’ah suatu majlis tidak menjawab ucapan salamnya maka makhluk yang lebih baik dari merekalah (yakni para malaikat) yang menjawab ucapan salam.” (Musnad Al Bazar, Al Mu’jam Al Kabir oleh At Tabrani) Abu Hurairah meriwayatkan bahwa Rasulullah SAW bersabda, “Orang kikir yang sebenar-benarnya kikir ialah orang yang kikir dalam menyebarkan Salam.” Allah SWT berfirman didalam Al-Qur’an Surat An-Nisa Ayat 86:

    Apabila kamu dihormati dengan suatu penghormatan maka balaslah dengan penghormatan yang lebih baik, atau balaslah dengan yang serupa. Sesungguhnya Allah akan memperhitungkan setiap yang kamu kerjakan.

    Demikianlah Allah SWT memerintahkan agar seseorang membalas dengan ucapan yang setara atau yang lebih baik. Hal ini telah dicontohkan oleh Rasulullah SAW sebagaimana yang disebutkan oleh Ibnu Jarir dan Ibnu Abi Hathim. Suatu hari ketika Rasulullah SAW sedang duduk bersama para sahabatnya, seseorang datang dan mengucapkan, “Assalaamu’alaikum.” Maka Rasulullah SAW pun membalas dengan ucapan “Wa’alaikum salaam wa rahmah” Orang kedua datang dengan mengucapkan “Assalaamu’alikum wa rahmatullah” Maka Rasulullah membalas dengan, “Wa’alaikum salaam wa rahmatullah wabarakatuh” . Ketika orang ketiga datang dan mengucapkan “Assalaamu’alikum wa rahmatullah wabarakatuhu.” Rasulullah SAW menjawab: ”Wa’alaika”. Orang yang ketiga pun terperanjat dan bertanya, namun tetap dengan kerendah-hatian, “Wahai Rasulullah, ketika mereka mengucapkan Salam yang ringkas kepadamu, Engkau membalas dengan Salam yang lebih baik kalimatnya. Sedangkan aku memberi Salam yang lengkap kepadamu, aku terkejut Engkau membalasku dengan sangat singkat hanya dengan wa’alaika.” Rasulullah SAW menjawab, “Engkau sama sekali tidak menyisakan ruang bagiku untuk yang lebih baik. Kerana itulah aku membalasmu dengan ucapan yang sama sebagaimana yang di jabarkan Allah didalam Al-Qur’an.”

    Dengan demikian kita dapat mengambil kesimpulan bahawa, membalas Salam dengan tiga frasa (anak kalimat) itu hukumnya Sunnah, yaitu cara yang dilakukan Nabi Muhammad SAW. Kebijaksanaan membatasi Salam dengan tiga frasa ini karena Salam dimaksudkan sebagai komunikasi ringkas bukannya pembicaraan panjang.

    Di dalam ayat ini Allah SWT menggunakan kalimat objektif tanpa menunjuk subjeknya. Dengan demikian Al-Qur’an mengajarkan etik membalas penghormatan. Di sini secara tidak langsung kita diperintah untuk saling memberi salam. Tidak adanya subjek menunjukkan bahawa hal saling memberi salam adalah kebiasaan dan wajar yang selalu dilakukan oleh orang-orang beriman. Tentu sahaja yang mengawali mengucapkan salamlah yang lebih dekat kepada Allah SWT sebagaimana sudah dijelaskan diatas.

    Hasan Basri menyimpulkan bahawa:

    “Mengawali mengucapkan salam sifatnya adalah sukarela, sedangkan membalasnya adalah kewajiban” Disebutkan didalam Muwattha’ Imam Malik, diriwayatkan oleh Tufail bin Ubai bin Ka’ab bahwa, Abdullah bin Umar RA biasa pergi ke pasar hanya untuk memberi salam kepada orang-orang disana tanpa ada keperluan membeli atau menjual apapun. Ia benar-benar memahami erti penting mengawali mengucapkan salam.”

    Pada bahagian kalimat terakhir Surah An-Nisa ayat 86, Allah SWT berfirman:

    Sesungguhnya Allah akan memperhitungkan setiap yang kamu kerjakan.

    Di sini, mendahului memberi salam dan membalasnya juga termasuk yang diperhitungkan. Maka kita hendaknya menyukai mendahului memberi salam. Sama halnya kita harus membalas salam demi menyenangkan Allah SWT dan menyuburkan kasih-sayang diantara kita semua.

    Rasulullah SAW selanjutnya memberikan arahan memberi salam bahawa:

    Orang yang berkenderaan harus memberi salam kepada pejalan-kaki.
    Orang yang berjalan kaki memberi salam kepada yang duduk.
    Kelompok yang lebih sedikit memberi salam kepada kelompok yang lebih banyak jumlahnya.
    Yang meninggalkan tempat memberi salam kepada yang tinggal.
    Ketika pergi meninggalkan atau pulang ke rumah, ucapkanlah salam meski tak seorangpun ada di rumah (malaikat yang akan menjawab).
    Jika bertemu berulang-ulang maka ucapkan salam setiapkali bertemu.
    Pengecualian kewajiban menjawab salam:

    Ketika sedang solat. Membalas ucapan salam ketika solat membatalkan solatnya.
    Khatib, orang yang sedang membaca Al-Quran, atau seseorang yang sedang mengumandangkan Adzan atau Iqamah, atau sedang mengajarkan kitab-kitab Islam.
    Ketika sedang buang air atau berada di bilik mandi.
    Selanjutnya, Allah SWT menerangkan keutamaan salam didalam surat Al-An’aam ayat 54:

    Jika orang-orang yang beriman kepada ayat-ayat Kami (Al-Qur’an) datang kepadamu, ucapkanlah “Salaamun’alaikum (selamat-sejahtera bagimu)”, Tuhanmu telah menetapkan bagi diri-Nya kasih-sayang. (Iaitu) Bahwa barangsiapa berbuat kejahatan karena kejahilannya (tidak tahu/bodoh) kemudian dia bertaubat setelah itu dan memperbaiki diri, maka sesungguhnya Allah Maha Pengampun lagi Maha Penyayang.

    Di ayat ini Allah SWT memerintah Nabi Muhammad SAW sehubungan dengan orang-orang beriman yang miskin, yang hampir semuanya menumpang tinggal di tempat para sahabat. Walaupun orang-orang kafir yang kaya meminta agar Rasulullah SAW mengusir para dhuafa’ itu supaya orang-orang kaya itu bisa bersama Rasulullah, Allah SWT memerintahkan Nabi Muhammad SAW untuk menyambut para dhuafa’ Muslim itu dengan ‘Assalamu ‘alaikum’ pada sa’at kedatangan mereka. Hal ini mengandung dua erti: Pertama, menyampaikan penghormatan dari Allah SWT kepada mereka. Ini adalah kehormatan dan penghargaan yang tinggi bagi Muslim yang miskin dan tulus hati. Perlakuan ini menguatkan hati dan menambah semangat mereka. Arti ke-dua, menyampaikan sambutan yang baik yang pantas mereka terima, atas izin Allah SWT, dengan nyaman, damai dan tenang, meskipun jika mereka membuat beberapa kesalahan.

    Semoga Allah SWT menganugerahi kita kesanggupan untuk melaksanakan pengucapan salam dengan semangat Islami yang lurus didalam hidup kita sehari-hari dan dengan melaksanakannya menumbuhkan kasih-sayang dan persatuan diantara kita. Amiin.

    Pesanan Ustaz marilah sama-sama kita hayati dan amalkan tazkirah ini. Sekian wassalam.

  3. Syukran atas ulasan dan nasihat yang diberi. Bi Iznillah, ana akan praktikkan sebaik-baiknya dalam kehidupan ini. InsyaAllah, ana akan sentiasa mendoakan kejayaan buat anak-anak murid ustaz.
    Semoga kejayaan yang bakal diraih akan memberi manfaat yang besar buat ummah!


Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

Create a free website or blog at WordPress.com. | The Pool Theme.
Entries and comments feeds.

Follow

Get every new post delivered to your Inbox.

%d bloggers like this: